MVM Apprentice Preview

Oleh Saffuan Aroff : 30 May 2016

 

preview

 

MVM Apprentice Merupakan inisiatif MVM yang bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan dalam kalangan graduan yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan. Peserta yang terpilih akan menjalani program Apprentice selama 2 bulan lebih.

Program : MVM Apprentice Preview 1 & 2
Tarikh : 16 & 29 Mei 2016
Tempat : Auditorium Kumpulan Media Karangkraf & Ezaz Wealth Academy
Tajaan Penuh : Moha Group

Sebuah program pencarian usahawan daripada kalangan graduan telah dilangsungkan pada 16 Mei 2016 yang lepas menerusi MVM Apprentice Preview 1 yang telah dijalankan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf. Seramai lebih 45 graduan & bakal graduan telah mengikuti seminar kenalan tersebut. Menerusi seminar preview ini, MVM & penaja Moha Group ingin mencari Graduan yang berminat untuk menjadi usahawan kosmetik yang berjaya dan menjadi anak syarikat di bawah syarikat terkemuka, Moha Group.

Tenaga pengajar yang dibawa bukanlah seorang yang sebarangan, malahan mereka mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas didalam bidang perniagaan. Antara tenaga pengajarnya adalah Ya Muhammad (Presiden Muslim Volunteer Malaysia) , Pn Yaya Mohamad (Pengasas Moha Group), Shida Mohamad (Pengasas Jamutera Trading), dan Khairil Pakar Modal. Turut hadir sebagai panel Jemputan ialah Eddie Asuan, Pakar pemasaran online.

Seminar Preview diteruskan lagi pada 29 Mei yang lepas dalam usaha mencari usahawan yang inginkan kejayaan.

Di pengakhiran seminar ini, Graduan yang terpilih akan disenaraikan sebagai apprentice dan akan didedahkan dengan ilmu-ilmu perniagaan sebagai persiapan sebelum memasuki dunia perniagaan.

Terima Kasih diucapkan kepada MOHA Group kerana menaja penuh bagi melahirkan usahawan muda Islam yang berkualiti tinggi.

Berikut merupakan galeri foto sepanjang program :