MVM Bergotong Royong Membersihkan Sekolah Puchong Indah Dalam Pure Heart 4.9

MVM Bergotong Royong Membersihkan Sekolah Puchong Indah Dalam Pure Heart 4.9

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 19 Oktober 2019, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.9, di SK Puchong Indah. Seramai 110 keluarga asnaf telah mendapat bantuan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM termasuk mahasiswa daripada Universiti Malaya UM, Malaysian Institute Of Aviation Technology (MIAT) UNIKL, Management & Science University (MSU), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pure Heart kali ini yang bertemakan “Kami Sayang SKPI” dimana telah diadakan aktiviti gotong royong membersihkan sekolah dan mengecat pagar serta membetulkan pintu-pintu kelas yang telah rosak.

Persediaan Program Seperti Biasa Bersama Volunteer dan Staff.

Persediaan Program Pure Heart 4.9 dari pagi tersebut oleh staf-staf MVM dimana mereka telah hadir seawal jam 7 pagi demi memastikan peralatan semua lengkap

Seterusnya pada jam 8.00 pagi Volunteer telah ramai yang hadir untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti sepanjang program oleh Saudara Imran selaku Ketua Program.

Sebelum memulakan aktiviti, sesi warming up bersama volunteer dan tim MVM agar tiada kekejangan yang berlaku sepanjang aktiviti gotong royong berat dijalankan.

Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Adabi Pes Tomyam
  • Bihun
  • Milo
  • Crackers Cream
  • Gula
  • Tepung Gandum
  • Shampoo
  • Sabun Mandi
  • Bio Zip
  • Minyak Masak
  • Kicap

#VolunteerMVM sangat bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Sepanjang aktiviti pembungkusan kotak dan gotong royong berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga asnaf ini berjalan dengan jayanya.

 “Volunteer Dan Ibu Bapa Asnaf Membantu Dalam Pembersihan Sekolah”

Pure Heart kali ini yang bertemakan “Kami Sayang SKPI” di mana aktiviti yang telah dijalankan adalah bergotong royong bersama volunteer, guru-guru dan ibu bapa asnaf ini sendiri.

Aktiviti ini sangat menarik kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara volunteer dan juga keluarga asnaf ini disamping membantu sekolah ini mencantikkan lagi kawasan-kawasan sekolah.

Sehubungan dengan itu, antara aktiviti yang dilakukan bersama adalah mengutip sampah, menanam pokok, mengecat pagar sekolah dan membetulkan pintu-pintu kelas yang telah rosak.

Walaupun dengan masa yang begitu singkat, alhamdulillah program bergotong royong ini berjalan dengan lancar dan semua volunteer bekerjasama dengan baik sekali dalam aktiviti pembersihan di Sekolah Puchong Indah.

Akhir sekali, sesi pemberian kotak barangan asas telah diberikan kepada keluarga-keluarga asnaf ini.

Aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.9, ini telah berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama #VolunteerMVM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, volunteer-volunteer daripada MVM dan Mahasiswa Universiti yang boleh dikatakan tersangat dan cukup awesome!

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.