MVM Dan Telaga Biru Membuat Jalinan Ikatan Kerjasama Di Pesta Buku

MVM Dan Telaga Biru Membuat Jalinan Ikatan Kerjasama Di Pesta Buku

Syukur kepada Allah swt, pada Jumaat iaitu 29 Mac sehingga 7 April 2019 yang lalu, MVM bersama Telaga Biru telah bekerjasama di dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Program ini juga telah dijayakan oleh 9 orang #VolunteerMVM yang sangat komited memastikan program berjalan dengan lancar.

Program kali ini adalah bertujuan untuk memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan lagi jaringan kerjasama diantara Muslim Volunteer Malaysia dan Telaga Biru Sdn. Bhd. Selain itu juga, MVM mempromosikan segala program, kempen-kempen serta segala aktiviti kesukarelawan yang dianjurkan oleh MVM.

Persiapan yang efisien

Persediaan program PBAKL ini diadakan pada hari khamis petang, sehari sebelum program berlangsung. Kami telah menyediakan barang-barang PBAKL dan menyusun semua keperluan barang-barangan untuk diletakkan di booth telaga biru.

Keesokan harinya, semasa di hari kejadian, #VolunteerMVM telah diberi taklimat terlebih dahulu oleh pihak Telaga Biru. Mereka telah dimaklumkan untuk mensasarkan buku-buku yang ingin dipromosikan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.

Staf-staf pula ditugaskan untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti dan program-program yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia sepanjang program berlangsung.

#VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran program berjalan dengan lancar.

MVM giat mempromosikan program-program sukarelawan di pesta buku.

Tim MVM di setiap unit telah mempromosikan setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di pesta buku tersebut.

Tambahan itu, pelbagai slot telah diadakan oleh MVM dan Telaga Biru antaranya ialah perkenalan mengenai MVM oleh unit program dan juga volunteer. Pengerusi juga antara yang orang kuat yang mempromosikan MVM kepada pengunjung yang hadir di pesta buku tersebut.  Pelbagai buku-buku dari telaga biru yang menarik telah dipromosikan dengan baik.

Terima kasih kepada Telaga Biru kerana memberi peluang kepada MVM bekerjasama dalam program ini juga #VolunteerMVM serta semua staf-staf yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam melancarkan sepanjang program ini berlangsung.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.