“Nasib Penerima Bantuan Pure Heart Terus Terbela Sepanjang PKP”

“Nasib Penerima Bantuan Pure Heart Terus Terbela Sepanjang PKP”

Syukur kepada Allah swt, setelah wabak Covid-19 yang telah melanda diseluruh dunia, kini negara kita telah berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walaupun begitu, sepanjang wabak Covid-19 ini melanda, ianya bukan halangan kami untuk terus membantu dan membela nasib penerima bantuan kami dalam program Pure Heart.

Seperti yang sedia maklum, Program Pure Heart ini adalah program wajib di MVM setiap tahun untuk memberikan bantuan kepada keluarga-keluarga yang dipilih.

Program Pure Heart kali ini telah diadakan di Masjid Kota Damansara dengan dibantu oleh beberapa ajk Masjid dan anggota RELA. Khidmat Volunteer juga dikurangkan kepada beberapa orang sahaja untuk membantu.

Seperti biasa, antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Kicap
  • Sos cili
  • Gula pasir
  • Garam
  • Rempah 4 sekawan
  • Ubi kentang
  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Pisang
  • Ayam
  • Dll

 

“Menjalani Norma Baru Di Pure Heart 5.2 – 5.5 2020”

Sepanjang tempoh PKP ini, MVM masih memberikan bantuan barangan asas ini kepada penerima bantuan Pure Heart ini.

Program ini terus dilaksanakan dengan mengikut procedure yang ditetapkan seperti berbaris dengan penjarakkan sosial, cek suhu, diperuntukkan handsanitizer setiap orang dan hanya seorang sahaja wakil yang hadir untuk mengambil barangan bantuan ini.

Dengan norma yang baru, kami terpaksa memendekkan masa program pada hari kejadian dengan pengagihan barangan asas sahaja kepada keluarga-keluarga ini. Slot-slot talk dan ceramah terpaksa dibatalkan atas faktor keadaan yang tidak mengizinkan.

Hanya beberapa tim MVM sahaja yang turun padang dengan dibantu anggota RELA untuk mengagihkan barangan asas ini.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 5.2 sehingga 5.5 ini telah berakhir dengan jayanya dimana semua penerima bantuan telah selamat menerima barangan asas mereka.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas. Terima kasih juga semua pihak yang terlibat seperti anggota RELA, AJK Masjid Kota Damansara yang telah bersama-sama membantu menjayakan Pure Heart kali ini.  Tidak lupa juga Volunteer walaupun tidak ramai yang dapat membantu tetapi program tetap berjaya dijalankan. Jutaan terima kasih kami ucapkan !

Nantikan Pure Heart Fasa 2 yang akan diadakan di PPR Lembah Klang pada bulan Julai sehingga Oktober ini. Insha Allah.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program tempoh PKP Pure Heart ini berlangsung :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.