Pendedahan Pengurusan Kewangan Islam Memberi Impak Kepada Keluarga Asnaf Di Pure Heart 4.2

Pendedahan Pengurusan Kewangan Islam Memberi Impak Kepada Keluarga Asnaf Di Pure Heart 4.2

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu iaitu 16 Mac 2019 yang lalu, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.2, Forum Pengurusan Kewangan Islam di SK Puchong Indah. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 50 orang #VolunteerMVM yang sangat komited memastikan program berjalan dengan lancar.

Istimewanya program kali ini, telah diadakan slot khas iaitu Forum Pengurusan Kewangan: Belanja Atau Simpan? Forum ini disampaikan oleh dua panel yang hebat iaitu Tuan Haji Razli Bin Ramli Ketua Penasihat di Jabatan Penasihat Perniagaan Syariah, Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), dan Puan Suzana Binti Haji Ali Perunding Kanan Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd.

Persediaan Program Yang Lebih Efisien

Berbeza pada tahun-tahun sebelum ini, persediaan program Pure Heart biasanya diadakan pada hari Jumaat malam, sehari sebelum program berlangsung. Namun begitu, tahun 2019 ini, kami mengatur strategi yang lebih efisien dimana #VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Indah untuk melakukan kerja-kerja persediaan program seawal jam 7 pagi pada hari yang sama program berlangsung. Dengan ini, ia dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos perjalanan #VolunteerMVM bagi menjayakan program Pure Heart ini.

Sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudari Aqilah selaku Ketua Program dan sesi perkenalan bersama #VolunteerMVM. Selepas itu, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Sos cili
  • Kicap
  • Tepung gandum
  • Garam halus
  • Gula pasir
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Perencah Nasi Goreng
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Kering
  • Teh uncang
  • Milo
  • Santan kara
  • Shampoo Sunsilk
  • Sabun Mandi Protex
  • Colgate
  • Minyak Masak

Pada jam 9.00 pagi selepas proses pembungkusan, keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi.

#VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Penyampaian Forum yang begitu menarik minat para asnaf oleh 2 panel yang hebat.

Tepat jam 10.00 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada emcee iaitu Imran  dan matlamat program Pure Heart dijalankan. Sesi seterusnya pula diserahkan oleh Adnin selaku moderator forum tersebut dan juga dua panel hebat bagi menyampaikan dan berkongsi info-info bermanfaat berkaitan pengurusan kewangan ini kepada semua yang hadir pada hari tersebut.

Forum yang telah disampaikan oleh 2 orang panel iaitu Tuan Haji Razli Bin Ramli dan Puan Suzana Binti Haji Ali sangat memberikan impak yang sangat mendalam kepada semua penonton yang mendengar. Perkongsian berkaitan pengurusan duit keluar masuk setiap hari dan tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak sangat membantu dan menyedarkan mereka betapa pentingnya pengurusan yang baik untuk keluarga mereka. Malah ada diantara para ibu bapa yang meminta untuk diadakan lagi program sebegini iaitu bengkel pengurusan kewangan di masa akan datang untuk mereka.

Selain itu, cabutan bertuah juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara #VolunteerMVM dan juga keluarga-keluarga asnaf ini.

Kemudian, jam 12.00 tengah hari, ibu bapa sudah mula beratur di perkarangan dewan terbuka sekolah tersebut bagi pengagihan kotak Pure Heart yang berisi barangan asas dapur.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.2, Forum Pengurusan Kewangan Islam: Belanja atau Simpan? ini telah berakhir dengan penyampaian sijil kepada #VolunteerMVM dan wakil SK Puchong Indah.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja Program Pure Heart 4.2, Forum Pengurusan Kewangan Islam: Belanja atau Simpan? dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.

 

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.