Piala Amal Badminton MVM

badminton

Sebuah pertandingan sukan Amal kelolaan MVM untuk menggalakkan orang ramai bersukan serta berdaya saingan menerusi sukan disamping meningkatkan dana untuk menampung kos program-program amal MVM akan datang.

Nama Program : Piala Amal Badminton MVM 2016
Tempat : KSL Puchong, Selangor.
Tarikh : 21 Mei 2016
Masa : 08:00AM – 04:30PM

Penaja :
[Platinum] Tajaan Baju Program : Idea Master
[Gold] Tajaan Goodies Bag : Airin
[Silver] : Kelab Kebajikan Rakan Charlie Tanggo , Pahala Projek
Tajaan Minuman Rasmi : Drive M7 Energy Drink

 

Alhamdulillah, pada 21 Mei yang lepas, telah berlangsung Piala Amal Badminton MVM. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan didalam sukan amal kali ini iaitu, beregu lelaki, beregu perempuan, perseorangan lelaki dan perseorangan perempuan.

Program telah bermula seawal jam 8 pagi dan diteruskan dengan taklimat dan pembahagian kumpulan.

Pertandingan telah dimulakan pada jam 9 pagi dan telah berakhir pada 4.30 petang.
Pelbagai bakat-bakat baru telah ditonjolkan oleh pemain pertandingan kali ini dan diharapkan semangat kesukanan diteruskan untuk terus memartabat prestasi sukan tanah air.

Tahniah kepada pemenang !

Perseorangan lelaki
1st – muhd fuad
2nd – amir darwish
3rd – muhamad izlan
4th – ahmad nazifi

Beregu Lelaki
1st – Dzulhemi / hafifi hashim
2nd – Amin / Redzuan
3rd – Ahmad badri/ Muhd ikhwan
4th – Fakhruddin / Aqil durani

Perseorangan Perempuan
1st – Nor arina
2nd – Nurul ilmi
3rd – Norhayati
4th – Farah hasila

Beregu perempuan
1st – norhaslindakim / wong yew ting
2nd – nurul izzati / rabiatul adawiyah
3rd – suzie entibon / norizan
4th – marliyana teh/ nur afidatul

 

Mvm ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pemain dan penaja yang telah terlibat didalam menjayakan Piala Amal Badminton MVm 2016 !

Berikut merupakan galeri foto sepanjang pertandingan.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.