Piala Amal Bowling MVM 2017

Projek Sukan : Piala Amal Bowling MVM 2017

Penaja T-shirt : Anugerah
Penaja Hadiah : Anugerah & The Vazz
Penaja Piala : Pakatan Cetak

Assalamualaikum Volunteers,

Alhamdulillah, pada 11 Februari 2017 yang lepas, MVM telah menganjurkan Piala Amal Bowling MVM 2017 bertempat di Airport Sports Complex, Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Seramai 50 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Amal Bowling MVM 2017 ini. Program telah bermula seawal 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Pelbagai bakat-bakat baru telah ditonjolkan oleh pemain pertandingan kali ini dan diharapkan semangat kesukanan diteruskan untuk terus memartabat prestasi sukan tanah air.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang !

Berikut merupakan senarai nama pemenang bagi kategori yang telah dipertandingkan:

1) Johan 

Kumpulan: Bodosup
Peserta: Azizi, Rafeeq, Syazmee & Syazreen

2) Naib Johan

Kumpulan: Bright Spark
Peserta: Zulaika, Nadia, Adilah & Nasri

3) Tempat ketiga

Kumpulan: The Force
Peserta: Arinah, Amirah, Athirah & Nik

4) Jatuhan Pin Tertinggi Kategori Lelaki 

  • Azizi – 619

5) Jatuhan Pin Tertinggi Kategori Wanita

  • Zulaika – 536

VIDEO PIALA AMAL BOWLING AMAL MVM 2017

Terima kasih kepada semua penaja dan peserta yang telah menjayakan Piala Amal Bowling MVM 2017 ini.

In sha Allah, kami akan berusaha untuk meneruskan program-program kesukanan pada masa akan datang. Ia adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup yang sihat.

GAMBAR PIALA AMAL BOWLING AMAL MVM 2017

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.