Preview MVM Apprentice 2017

Preview MVM Apprentice 2017

Tarikh : 14 Ogos 2017
Lokasi : PPAS, Raja Tun Uda, Shah Alam
Waktu : 8.00 am – 12.00 pm
Penaja Utama : De’Xandra
Penaja Cetakan Rasmi : Sifu Print

Alhamdulillah, Preview MVM Apprentice 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Ogos 2017 di PPAS, Raja Tun Uda, Shah Alam. Seramai hampir 50 orang peserta telah menghadiri sesi preview pada tahun ini. Mereka merupakan golongan anak muda yang bersemangat wajar dan positif dalam usaha mencapai impian menjadi seorang usahawan muda yang berjaya.

Program telah bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta yang hadir. Suasana program telah dimeriahkan lagi dengan celoteh pengacara jemputan iaitu MC Nazs. 

Program dimulakan dengan perkongsian pengalaman jatuh bangun membina perniagaan, De’Xandra oleh Puan Ernayanee, Pengasas De’Xandra. Puan Ernayanee juga merupakan mentor MVM Apprentice 2017. Beliau akan melatih 24 apprentice MVM yang terpilih secara intensif dari aspek teori dan praktikal bisnes.

Selepas itu, program ini diteruskan dengan tayangan video dan slot kedua bersama Presiden Muslim Volunteer Malaysia, Ya Muhammad. Dalam slot kedua ini, Ya Muhammad telah mengulas lebih lanjut dan secara keseluruhan tentang program MVM Apprentice 2017 yang akan berlangsung selama hampir 3 bulan ini.

Alhamdulillah, hampir 90% peserta yang menghadiri Preview MVM Apprentice 2017 ini berminat dan bersemangat untuk menjadi antara 24 apprentice MVM 2017. Pemilihan sedang giat dilakukan oleh pihak pengurusan dan in sha Allah, peserta yang terpilih akan dihubungi dalam masa terdekat.

Program telah berakhir dengan sesi photografi dan penyampain cenderahati kepada tetamu undangan.

Terima kasih kepada semua hadirin, team MVM dan penaja utama yang telah bertungkus lumus menjayakan program Preview MVM Apprentice 2017 ini.

Kita jumpa lagi di peringkat seterusnya program MVM Apprentice 2017 !

Berikut adalah koleksi gambar sepanjang program “Preview MVM Apprentice 2017” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.