Program Bantuan Asnaf Pure Heart MVM Kini Kembali Lebih Bermotivasi & Efisien

Program Bantuan Asnaf Pure Heart MVM Kini Kembali Lebih Bermotivasi & Efisien

Syukur kepada Allah swt, pada Ahad iaitu 24 Februari 2019 yang lalu, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.1 Back To School yang pertama bagi sesi 2019 di SK Puchong Indah. Seramai 79 keluarga asnaf bersama 110 anak-anak mereka diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM yang sangat komited memastikan program berjalan dengan lancar.

Istimewa kali ini, keluarga asnaf Pure Heart ini bukan sahaja menerima bantuan kotak makanan tetapi juga anak-anak mereka diberi hadiah set Lunch Box Junior. SK Puchong Indah juga menerima buku-buku ilmiah yang telah diwakafkan oleh rakyat Malaysia dalam kempen Wakaf Buku Si Cilik.

Persediaan Program Yang Lebih Efisien

Berbeza pada tahun-tahun sebelum ini, persediaan program Pure Heart biasanya diadakan pada hari Jumaat malam, sehari sebelum program berlangsung. Namun begitu, tahun 2019 ini, kami mengatur strategi yang lebih efisien dimana #VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Indah untuk melakukan kerja-kerja persediaan program seawal jam 7 pagi pada hari yang sama program berlangsung. Dengan ini, ia dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos perjalanan #VolunteerMVM bagi menjayakan program Pure Heart ini.

Sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudari Aqilah selaku Ketua Program dan sesi perkenalan bersama #VolunteerMVM. Selepas itu, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Sos cili
  • Kicap
  • Tepung gandum
  • Garam halus
  • Gula pasir
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Perencah Nasi Goreng
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Teh uncang
  • Milo
  • Santan kara
  • Shampoo Sunsilk
  • Sabun Mandi Protex
  • Colgate
  • Minyak Masak

Pada jam 9.00 pagi selepas proses pembungkusan, keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi.

#VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Perasmian pembukaan dan aktiviti menarik diadakan

Tepat jam 9.30 pagi, majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada guru besar mengenai objektif dan matlamat program Pure Heart dijalankan. Seterusnya ucapan daripada Presiden MVM iaitu saudara Muhammad sendiri bagi memperkenalkan MVM ini sendiri kepada semua yang hadir. Akhir sekali ucapan perasmian daripada daie izzhar iaitu ikon MVM.

Selepas ucapan perasmian, Daie Izzhar kembali menyampaikan perkongsian ringkas dalam Slot Kerohanian. Perkongsian beliau tentang kisah kehidupan beliau yang pernah hidup susah dan juga salah seorang penerima zakat telah menyentuh hati ibu bapa yang hadir pada ketika itu. Beliau juga berkongsi tentang tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak, dan sebagainya yang dapat memberikan motivasi kepada ibu bapa terutamanya keluarga yang susah untuk lebih tabah meneruskan kehidupan mereka.

Tambahan itu, pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak yang hadir, persembahan daripada murid-murid sekolah tersebut dan juga cabutan bertuah bagi keluarga yang bertuah pada hari kejadian.

Tepat jam 11.30 pagi, agihan set Lunch Box Junior kepada anak-anak asnaf telah diadakan.

Kemudian, jam 12.00 tengah hari, ibu bapa sudah mula beratur di perkarangan dewan terbuka sekolah tersebut bagi pengagihan kotak Pure Heart yang berisi barangan asas dapur.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.1 Back To School ini telah berakhir dengan penyampaian sijil kepada #VolunteerMVM dan wakil SK Puchong Indah.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja program Pure Heart  4.1 Back To School dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.