Projek Sukan : Piala Amal Bowling 3.0 MVM 2018

Projek Sukan : Piala Amal Bowling 3.0 MVM 2018

Penaja Bersama : Ariani & Pakatan Cetak

Alhamdulillah, pada 10 Februari 2018 yang lepas, MVM telah menganjurkan Piala Amal Bowling MVM 2018 bertempat di Airport Sports Complex, Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Seramai 40 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Amal Bowling MVM 3.0 kali ini. Program telah bermula seawal 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Istimewanya Piala Amam Bowling MVM 3.0 ini adalah setiap peserta tidak perlu membayar yuran penyertaan dengan wang ringgit tetapi mereka telah sedekahkan beras, gula, tepung, dan minyak masak sebagai syarat penyertaan. Sumbangan ini akan diberikan kepada keluarga-keluarga asnaf MVM.

Berikut merupakan senarai nama pemenang bagi kategori yang telah dipertandingkan:

1) Johan 

Kumpulan: The Tudungs
Peserta: Zulaika, Syazana, Amal, Nadiah

2) Naib Johan

Kumpulan: DNA
Peserta: DP, Mamu, Remy, Amir

3) Tempat ketiga

Kumpulan: Maanais
Peserta: Danial, Kyla, Ummi, Nais

4) Jatuhan Pin Tertinggi Kategori Lelaki 

  • Syazmee – 743

5) Jatuhan Pin Tertinggi Kategori Wanita

  • Nadiah – 616

Tahniah kepada semua pemenang !

Terima kasih kepada semua penaja dan peserta yang telah menjayakan Piala Amal Bowling MVM 3.0 ini.

In sha Allah, kami akan berusaha untuk meneruskan program-program kesukanan pada masa akan datang. Ia adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup yang sihat.

Berikut adalah gambar sepanjang Piala Amal Bowling MVM 3.0 berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.