Pure Heart 10.0

pure heart 10

Pure Heart telah memasuki siri yang ke-10 & telah dijalankan pada 25 & 26 November 2016 yang lepas. Pure Heart 10.0 ini merupakan majlis penutup bagi program Pure Heart MVM 2016.

Program : Pure Heart 10.0
Tarikh : 25 & 26 Oktober 2016
Tempat : Sk Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Penaja Kotak : Moha Group
Penaja Barangan Kesihatan : D’Herbs (M) Holdings Sdn. Bhd.
Dengan Kerjasama: SK Padang Jawa
Jemputan Slot Mahabbah : Nur Heliza Helmi
Sukarelawan Jemputan : Global Islamic Volunteers

Alhamdulillah, program Pure Heart telah pun mamasuki siri yang ke-10 di mana ia merupakan Pure Heart MVM yang terakhir bagi tahun 2016. Istimewa juga pada kali ini, kami turut dibantu oleh sukarelawan dari Global Islamic Volunteers. Seramai 40 Volunteer MVM terpilih yang terlibat di dalam menjayakan program ini.

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.

Seperti program Pure Heart sebelum ini, sebelum bantuan asas diberikan, akan terdapat slot khas dimana keluarga penerima yang hadir dalam pelbagai latar belakang akan diberi pendedahan dalam pelbagai aspek. Pada program kali ini, MVM bawakan selebriti terkenal, Heliza Helmi untuk memberi ceramah bertajuk ” La Tahzan “ bagi slot Mahabbah.

Istimewa juga pada kali ini, kami turut membawakan Puan Norlita, Pengetua Tadika Seni dan Kreatif dalam Slot Interaktif dimana asnaf diberikan peluang untuk belajar kemahiran membuat roti

Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama yang jitu daripada Volunteer MVM, program ini sekali lagi berjalan dengan lancar.

Semoga dengan pengisian pada kali ini, sedikit sebanyak membantu keluarga penerima dalam menambah kemahiran hidup dan seterusnya berusaha kearah kehidupan yang lebih baik.

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.

Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “Pure Heart 10.0” :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.