Pure Heart 2.0 Diteruskan Lagi dengan Meriahnya.

Pure Heart 2.0 Diteruskan Lagi dengan Meriahnya.

Syukur kepada Allah swt, pada 30 & 31 Mac 2018 yang lalu MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart MVM yang kedua bagi sesi 2018 di SK Puchong Perdana. Seramai 220 keluarga asnaf bersama anak-anak mereka diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan Mac ini juga telah dijayakan oleh 60 orang #VolunteerMVM yang sangat komited memastikan program berjalan dengan lancar.

30 Mac 2018 

#VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Perdana untuk melakukan kerja-kerja persediaan program. Sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudara Izzat selaku Ketua Program dan sesi perkenalan bersama #VolunteerMVM.

Selepas itu, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras 5kg
  • Gula 1kg
  • Garam halus
  • Tepung gandum
  • Sos dan rempah ratus
  • Biskut
  • Bihun
  • Serbuk teh
  • Susu pekat

Selain daripada barangan asas, kami juga telah memberi set kelengkapan sekolah seperti beg sekolah, kasut, dan pakaian sekolah kepada anak-anak penerima bantuan untuk sesi kedua.

Selepas proses pembungkusan, #VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenana. Sesi persediaan berakhir kira-kira pada jam 12 tengah malam.

31 Mac 2018

Tepat jam 8.00 pagi, keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi.

Untuk Program Pure Heart kali kedua ini, kami telah bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk pengisian kerohanian. Istimewa kali ini juga, terdapat persembahan nyanyian nasyid untuk menghiburkan keluarga asnaf ini.

Selepas itu, keluarga penerima bantuan yang belum mengisi borang kaji selidik, telah dibawa ke kaunter Kaji Selidik. Kaji selidik ini bertujuan untuk merekod latar belakang keluarga penerima bantuan. Hasil daripada kaji selidik ini, ia membantu pihak MVM untuk lebih memahami keperluan dan masalah yang yang dihadapi oleh keluarga ini.

Kemudian, keluarga penerima bantuan ini telah menerima kotak Pure Heart yang berisi barangan asas dapur dan mereka juga mendapat bekalan ayam segar oleh Haji Butcher. Anak-anak penerima bantuan pula telah menerima set kelengkapan persekolahan yang terdiri daripada kasut sekolah, beg sekolah dan pakaian sekolah.

Program Pure Heart 2.0 ini telah berakhir dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar bersama #VolunteerMVM dan wakil SK Puchong Perdana.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja program Pure Heart dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.