“Pure Heart 4.10 Beri Semangat Untuk Mengubah Hidup Demi Masa Depan”

“Pure Heart 4.10 Beri Semangat Untuk Mengubah Hidup Demi Masa Depan”

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 23 November 2019, MVM telah menganjurkan program Bantuan Asnaf Pure Heart 4.10 iaitu Pure Heart yang terakhir bagi tahun ini, di SK Puchong Indah. Seramai 110 keluarga asnaf telah mendapat bantuan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 30 orang #VolunteerMVM.

Pure Heart kali ini yang bertemakan “Terima Kasih SKPI” dimana telah diadakan penyerahan sumbangan kepada pihak sekolah iaitu 5 buah laptop, 2 projektor, 2 speaker, 2 printer dan 2 skrin layar. Selain itu, penyerahan “Thank You Frame” juga telah diberikan sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah kerana memberi izin kepada MVM membuat program pada tahun ini.

Di samping itu juga, penyerahan hadiah cenderahati kepada keluarga yang mempunyai rekod kehadiran penuh sepanjang Pure Heart 2019 ini berlangsung pada tahun ini.

Persediaan Program Seperti Biasa Bersama Volunteer dan Staff.

Persediaan Program Pure Heart 4.10 dari pagi tersebut oleh staf-staf MVM dimana mereka telah hadir seawal jam 7 pagi demi memastikan peralatan semua lengkap

Seterusnya pada jam 8.00 pagi Volunteer telah ramai yang hadir untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti sepanjang program oleh Saudari Seri selaku Ketua Program.

Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Minyak Masak
  • Kicap
  • Gula
  • Garam Halus
  • Asam Jawa
  • Ikan Bilis
  • Ubi Kentang
  • Cili Merah
  • Kordial Sirap
  • Susu Pekat Manis
  • Bio Zip
  • Colgate
  • Berus Gigi
  • Sabun Mandi
  • Shampoo

#VolunteerMVM sangat bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Sepanjang aktiviti pembungkusan kotak dan gotong royong berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga asnaf ini berjalan dengan jayanya.

MVM Mengharapkan Ada Perubahan Dan Semangat Baru Untuk Keluarga Asnaf

Pure Heart kali ini yang bertemakan “Terima Kasih SKPI” di mana aktiviti yang telah dijalankan adalah penyerahan sumbangan alat bantu mengajar dan penyerahan “Thank You Frame” sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru dan ibu bapa asnaf.

Sebelum bermulanya penyerahan tersebut, pihak sekolah dan pihak wakil MVM telah berucap sebagai kata-kata terakhir dan harapan mereka dalam Pure Heart kali ini.

Antara ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Puchong Indah itu adalah beliau menzahirkan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada pihak MVM sepanjang program ini berlangsung di sekolah tersebut.

Di pihak MVM pula, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohd Fauzan telah menghasratkan harapannya kepada seluruh keluarga asnaf yang telah dibantu tahun ini agar terus berusaha untuk mengubah hidup keluarga demi masa depan yang cerah. Kata-kata tersebut sangat memberikan inspirasi kepada semua hadirin yang hadir. Insha allah, sama-sama kita doakan ada perubahan yang berlaku untuk setiap usaha yang dilakukan.

Sehubungan dengan itu, antara sumbangan alat bantu mengajar yang diberikan kepada pihak sekolah ialah 5 buah laptop, 2 projektor, 2 speaker, 2 printer dan 2 skrin layar.

Selain itu, MVM telah menyampaikan cenderahati kepada keluarga-keluarga asnaf sebagai rekod kehadiran penuh sepanjang Program Pure Heart ini berlangsung pada tahun ini.

Dan seperti biasa, sesi cabutan bertuah telah diadakan oleh MVM kepada keluarga yang hadir pada hari tersebut. Antara hadiah cabutan bertuah yang diberikan adalah bantal dan tuala mandi hotel yang ditaja oleh The Sultan, bantal istimewa oleh Leyna by Flenaz dan Telekung yang ditaja daripada Siti Murni.

Aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 4.10, ini telah berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama #VolunteerMVM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, volunteer-volunteer daripada MVM dan Mahasiswa Universiti yang telah turut sama-sama membantu dalam program Pure Heart 2019 ini yang boleh dikatakan tersangat dan cukup awesome!

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.