Pure Heart telah memasuki siri yang ke 6 & telah dijalankan pada 22 & 23 Julai 2016 yang lepas. Setelah 4 bulan dijalankan didalam fasa 1, kali ini PureHeart 6.0 memasuki Fasa yang kedua iaitu fasa Latihan Perniagaan, Pemasaran dan Motivasi.
Program : Pure Heart 6.0 edisi Raya
Tarikh : 22 & 23 Julai 2016
Tempat : Sk Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Penaja Kotak : Moha Group
Dengan Kerjasama: SK Padang Jawa
Alhamdulillah, program Pure Heart telah pun mamasuki siri yang keenam dan Fasa yang kedua. Pada fasa ini, MVM akan lebih memfokuskan kepada Latihan Perniagaan, Pemasaran dan Motivas keluarga penerima. Seramai 20 Volunteer MVM terpilih yang terlibat didalam menjayakan program ini.
Seperti program pureheart sebelum ini, sebelum bantuan asas diberikan, akan terdapat slot khas dimana keluarga penerima yang hadir didalam pelbagai latar belakang akan diberi pendedahan didalam pelbagai aspek. Pada program Pure Heart kali ini, keluarga penerima telah bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Anak-anak yang tersenarai sebagai keluarga asnaf dibawah RM 1,000 telah menerima sumbangan duit raya setiap seorang. Selain itu, majlis kali ini telah dimeriahkan dengan jamuan Hari Raya dan selebriti jemputan dibawah naungan House of DRE dan Dark Wave Global.
Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama yang jitu daripada Volunteer MVM, program ini sekali lagi berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langung dan tidak langsung terbabit didalam menjayakan program PureHeart pada kali ini.
Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.
Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “Pure Heart 6.0”