Simbolik Kemerdekaan Bersama Keluarga Penerima Bantuan Di Pure Heart 6.2

Simbolik Kemerdekaan Bersama Keluarga Penerima Bantuan Di Pure Heart 6.2

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 29 September 2020, MVM telah menganjurkan Pure Heart 6.2 Bantuan Keluarga Miskin Bandar, ” di Dewan D, PPR Lembah Subang yang bertemakan “Power! Family”. Seramai 150 keluarga asnaf telah diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 30 orang #VolunteerMVM demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Pure Heart kali ini, Talk adalah tentang pengurusan kewangan simbolik Kemerdekaan bersama keluarga penerima bantuan dengan nyanyian-nyanyian lagu patriotik. Di samping itu juga telah adakan slot ‘Talk’ daripada Cik Noor Aziera Ezurien A.Aziz, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK). Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Encik Zuhairy dan Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), Datin Dr.Hajah Hartini Osman. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Encik Hasnul Haniff, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM)

Menariknya kali ini, selain slot talk untuk ibu bapa yang hadir, MVM juga menganjurkan program bersama anak-anak di PPR ini iaitu Program Fantasains – Bengkel Sains. Program ini adalah dengan kerjasama Yayasan Maghfirah dan AJAR dalam memberikan pembelajaran tambahan yang menyeronokkan berkaitan sains.

Persediaan Program MVM Bersama VolunteerMVM

Persediaan Program Pure Heart 6.2 dari pagi Sabtu tersebut oleh staf-staf MVM dimana mereka telah seawal jam 8 pagi demi memastikan peralatan semua lengkap

Seterusnya pada jam 8.30 pagi Volunteer telah ramai yang hadir untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sedikit taklimat berkaitan aktiviti sepanjang program oleh Saudari Seri selaku Ketua Program.

Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Sunquick
  • Santan Kara
  • Gula pasir
  • Serbuk kari
  • Rempah ratus
  • Cili kering
  • Bawang Merah
  • Ubi kentang
  • Pisang
  • Kicap
  • Sos cili
  • Ayam segar
  • Facemask
  • Hand sanitizer
  • Roti Gardenia
  • Al-quran (Muslim sahaja)

Setelah itu, Pada jam 9.00 pagi,  bermula talk Kewangan oleh Cik Noor Aziera Ezurien A.Aziz, Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) diikuti dengan pembungkusan barangan asas Pure Heart oleh semua volunteer yang terlibat. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tempat oleh unit program MVM agar lebih teratur dan lebih strategic untuk volunteer-volunteer ini melakukan tugasan mereka,

#VolunteerMVM sangat bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Sepanjang aktiviti pembungkusan barangan asas berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga asnaf ini berjalan dengan jayanya.

Pure Heart 6.2 bersimbolikkan Kemerdekaan.

Syukur program ini berjalan dengan lancar walaupun hujan mula turun renyai-renyai semasa hendak mengagihkan barangan asas kepada keluarga ini.

Tema kali ini berkonsepkan Pengurusan Kewangan yang telah diadakan sesi “talk” kepada keluarga di PPR Lembah Subang ini.

Sesi ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada keluarga ini terhadap bagaimana menyimpan kewangan dengan berkesan.

Setelah selesainya ceramah tersebut, nyanyian lagu-lagu kemerdekaan beramai-ramai daripada keluarga-keluarga PPR ini bersempena menyambut hari kemerdekaan pada esok harinya. Mereka sungguh bersemangat apabila menyanyikan lagu-lagu patriotik kebangsaan negara tersebut.

Laungan merdeka juga dilaungkan oleh Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama-sama para hadirin yang hadir.

Pure Heart kali ini dimeriahkan dengan simbolik-simbolik kemerdekaan dan ini telah menjadi satu kebanggaan sebagai warga Malaysia di dalam menyambut Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

Edaran Barangan Asas Dan Satu Set Roti Dan Mee Gardenia.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Setelah selesai sesi ceramah, semua keluarga diumum untuk keluar mengikut nombor masing-masing untuk mendapatkan barangan asas mereka supaya tidak berlaku keadaan yang begitu sesak dan mematuhi syarat penjarakkan sosial.

Specialnya kali ini, MVM telah mendapat “sponsor” daripada Gardenia iaitu satu set Roti dan mee untuk diberikan kepada keluarga di PPR ini.

Program Pure Heart 6.2, “Power ! Family” ini telah berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama #VolunteerMVM dan keluarga penerima bantuan.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas dan juga Volunteer MVM yang boleh dikatakan tersangat dan cukup awesome!

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung : 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.