Pure Heart 6.3 Bimbing Untuk Ubah Hidup Ke Arah Lebih Baik

Syukur kepada Allah swt, pada Sabtu yang lepas iaitu 26 September 2020, MVM telah menganjurkan Pure Heart 6.3 Bantuan Keluarga Miskin Bandar,” di Dewan D, PPR Lembah Subang yang bertemakan “Asas Perniagaan dan Pengenalan Social Business”. Seramai 150 keluarga miskin bandar di PPR Lembah Subang telah diraikan dalam program kali ini. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 40 orang #VolunteerMVM demi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Pure Heart kali ini bertemakan “Asas Perniagaan dan Social Business” dan perkongsian ini telah disampaikan oleh Encik Shahrul Nizam, Pegawai Eksekutif Halaman Nurani Sdn Bhd. Turut hadir Encik Faiz daripada Majlis Belia Malaysia dengan memberikan sedikit ucapan dan kata-kata semangat kepada hadirin yang hadir, Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), Datin Dr.Hajah Hartini Osman dan Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Di samping program Pure Heart ini dilaksanakan, program untuk anak-anak di PPR Lembah Subang juga dijalankan iaitu Fantasains – Bengkel Sains. Program ini adalah dengan kerjasama Yayasan Maghfirah dan AJAR dalam memberikan pembelajaran tambahan yang menyeronokkan tentang sains.

Persediaan Program MVM Bersama VolunteerMVM

Persediaan Program Pure Heart 6.3 dari pagi Sabtu tersebut oleh staf-staf MVM dimana mereka telah seawal jam 7.30 pagi demi memastikan peralatan semua lengkap

Volunteer-volunteer juga telah ramai yang hadir untuk mendaftarkan diri sebelum melakukan kerja-kerja persediaan program. Mereka telah diberi sarapan dan sedikit taklimat berkaitan aktiviti sepanjang program oleh Saudari Seri selaku Ketua Program ini.

Kemudian, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Ayam segar
  • Beras
  • Minyak masak
  • Tomato (x3)
  • Jambu Batu (x2)
  • Terung (x2)
  • Serbuk kari
  • Rempah ratus
  • Cili kering
  • Biskut Hup Seng
  • Susu Pekat Manis
  • Kicap
  • Sos cili
  • Cordial Sirap

Setelah itu, Pada jam 9.00 pagi bermula sesi perkongsian oleh Encik Shahrul Nizam, Pegawai Eksekutif Halaman Nurani Sdn Bhd. Selain itu juga, ucapan daripada wakil Majlis Belia Malaysia iaitu Encik Mohd Faiz Suhaimi dan diikuti dengan pembungkusan barangan asas Pure Heart oleh semua volunteer yang terlibat. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tempat oleh unit program MVM agar lebih teratur dan lebih strategic untuk volunteer-volunteer ini melakukan tugasan mereka,

#VolunteerMVM sangat tangkas dalam membantu menyusun atur tempat program dengan di ketuai oleh staff-staff MVM bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Sepanjang aktiviti pembungkusan barangan asas berlangsung, semua memberikan kerjasama yang sangat mantap dan padu demi perjalanan program untuk keluarga penerima bantuan ini berjalan dengan jayanya.

Ibu Bapa Didedahkan Dengan Permulaan Perniagaan Yang Kecil dan Social Business

Alhamdulillah, sesi ceramah kali ini bertemakan “Asas Perniagaan dan Pengenalan Social Business” yang telah disampaikan oleh Encik Shahrul Nizam daripada Halaman Nurani Sdn Bhd.

Perkongsian beliau sangat menarik dan sangat memberikan inspirasi dimana beliau berkongsi pengalaman hidupnya yang sebenar yang dahulunya seorang yang hidup dalam kesusahan dan sehingga dia berusaha sehingga berjaya membuka kedai sendiri dan berjaya membantu orang lain pula yang memerlukan bantuan.

Sesi ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan motivasi kepada keluarga ini untuk mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Tidak mustahil untuk berubah. Ianya bermula dengan diri sendiri untuk memulakan langkah yang pertama untuk mengubah segala-galanya.

Seperti Allah berfirman di dalam Al-quran :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Ar-Ra’d [13]: 11)

Edaran Barangan Asas

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Setelah selesai sesi ceramah, semua keluarga diumum untuk keluar mengikut nombor masing-masing untuk mendapatkan barangan asas mereka supaya tidak berlaku keadaan yang begitu sesak dan mematuhi syarat penjarakkan sosial.

Program Pure Heart 6.3, “Asas Perniagaan dan Pengenalan Social Business” ini telah berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama #VolunteerMVM dan keluarga penerima bantuan.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas dan juga Volunteer MVM yang boleh dikatakan tersangat dan cukup awesome!

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung : 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.