Pure Heart telah memasuki siri yang kelapan & telah dijalankan pada 23 & 24 September 2016 yang lepas. Pure Heart 8.0 kini telah memasuki Fasa yang ketiga iaitu fasa pantauan ekonomi.
Program : Pure Heart 8.0
Tarikh : 23 & 24 September 2016
Tempat : Sk Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Penaja Kotak : Moha Group
Dengan Kerjasama: SK Padang Jawa
Penceramah Jemputan : Fitrah Guidance and Consultancy
Alhamdulillah, program Pure Heart telah pun mamasuki siri yang ke-8 dan Fasa yang ketiga. Pada fasa ini, MVM akan lebih memfokuskan kepada tabungan pembelajaran dan pantauan ekonomi. Seramai 20 Volunteer MVM terpilih yang terlibat di dalam menjayakan program ini.
Seperti program Pure Heart sebelum ini, sebelum bantuan asas diberikan, akan terdapat slot khas dimana keluarga penerima yang hadir dalam pelbagai latar belakang akan diberi pendedahan dalam pelbagai aspek. Pada program kali ini, kami telah menjemput Ustazah Isfadiah dan Ustaz Mohidin Mokter dari Fitrah Guidance & Consultancy untuk menyampaikan ceramah. Ceramah kali ini bertajuk “Anak Siapa La Ni?”. Sesi ceramah ini dimeriahkan lagi dengan sesi soal jawab antara keluarga penerima dengan penceramah jemputan.
Seterusnya, keluarga penerima yang mendaftar juga telah diberi peluang pekerjaan sambilan oleh pihak QnQ Cleaning Services. Mereka juga telah diberi penerangan dengan lebih jelas tentang skop pekerjaan oleh pihak QnQ Cleaning Services dalam sesi kali ini.
Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama yang jitu daripada Volunteer MVM, program ini sekali lagi berjalan dengan lancar.
Semoga dengan pengisian pada kali ini, sedikit sebanyak membantu keluarga penerima dalam pengurusan kewangan dan seterusnya berusaha kearah kehidupan yang lebih baik.
Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.
Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.
Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “Pure Heart 8.0” :