Pure Heart telah memasuki siri yang kelapan & telah dijalankan pada 21 & 22 Oktober 2016 yang lepas. Pure Heart 9.0 kini telah memasuki Fasa yang ketiga iaitu fasa pantauan ekonomi.
Program : Pure Heart 9.0
Tarikh : 21 & 22 Oktober 2016
Tempat : Sk Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Penaja Kotak : Moha Group
Dengan Kerjasama: SK Padang Jawa
Jemputan Slot Interaktif : Puan Norlita, Pengetua Tadika Seni dan Kreatif
Jemputan Slot Kesihatan : Medical Student Association (MESTA), UITM Sg. Buloh
Alhamdulillah, program Pure Heart telah pun mamasuki siri yang ke-9 dan Fasa yang ketiga. Pada fasa ini, MVM akan lebih memfokuskan kepada pantauan ekonomi. Seramai 28 Volunteer MVM terpilih yang terlibat di dalam menjayakan program ini.
Seperti program Pure Heart sebelum ini, sebelum bantuan asas diberikan, akan terdapat slot khas dimana keluarga penerima yang hadir dalam pelbagai latar belakang akan diberi pendedahan dalam pelbagai aspek. Pada program kali ini, MVM bawakan Medical Student Association (MESTA) dari UITM Sg. Buloh untuk memberi peluang keluarga asnaf mendapatkan pemeriksaan kesihatan.
Istimewa juga pada kali ini, kami turut membawakan Puan Norlita, Pengetua Tadika Seni dan Kreatif dalam Slot Interaktif dimana asnaf diberikan peluang untuk belajar kemahiran membuat roti
Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama yang jitu daripada Volunteer MVM, program ini sekali lagi berjalan dengan lancar.
Semoga dengan pengisian pada kali ini, sedikit sebanyak membantu keluarga penerima dalam menambah kemahiran hidup dan seterusnya berusaha kearah kehidupan yang lebih baik.
Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langsung dan tidak langsung terbabit dalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.
Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.
Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “Pure Heart 9.0” :