Pure Heart 9.0 Dihangatkan Dengan Aito Firework

Pure Heart 9.0 Dihangatkan Dengan Aito Firework

Tarikh : 27 & 28 Oktober 2017
Tempat : Sk Puchong Utama 1, Puchong, Selangor.
Slot Perkongsian : Aito Firework
Penaja Kotak & Kudapan : Sifu Print & Tajuddin Tempelicious
Dengan Kerjasama: SK Puchong Utama 1

Alhamdulillah pada 27 & 28 Oktober 2017 yang lepas, MVM telah menganjurkan program bantuan asnaf Pure Heart kali ke-9 bagi tahun 2017. Syukur seramai hampir 200 keluarga asnaf telah mendapat bantuan barangan asas dapur dan kelengkapan setiap bulan.

Terima kasih kepada Rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan dan sumbangan ikhlas.

Istimewa pada kali ini, MVM telah bekerjasama dengan pihak Aito Firework.  Pada slot perkongsian, wakil daripada Aito Forework telah memberi penerangan tentang cara-cara mencegah kebakaran dan memadam kebakaran di rumah dan premis.

Pada slot demonstrasi pula, pihak Aito Fire Work menunjukkan cara-cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api dan selimut anti api.

Pada Pure Heart 9.0 ini juga para penerima bantuan menerima alat pemadam api untuk kegunaan semasa kecemasan kebakaran.

Selepas itu, program diteruskan dengan pengagihan kotak bantuan barangan asas dapur kepada keluarga asnaf yang hadir. Melihat wajah bahagia mereka menjadi satu kepuasan hati kami dan memberi kami semangat untuk terus melaksanakan program Pure Heart setiap tahun.

In sha Allah, program bantuan asnaf Pure Heart bulan November 2017 akan diadakan pada 17-18 November 2017 ini. Nantikan pengumuman pendaftaran sukarelawan di media sosial MVM.

Terima kasih juga kepada penaja-penaja rasmi Pure Heart 2017 dan semua #VolunteerMVM yang sentiasa menyokong program ini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program Pure Heart 9.0 2017” :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.