Pureheart 4.0

 

PUREHEART mei

PureHeart telah memasuki siri yang ke 4 & telah dijalankan pada 27 & 28 Mei 2016 yang lepas. Setelah 4 bulan dijalankan didalam fasa 1, kali ini PureHeart 4.0 memasuki Fasa yang kedua iaitu fasa Latihan Perniagaan, Pemasaran dan Motivasi.

Program : PureHeart 4.0
Tarikh : 27 & 28 Mei 2016
Tempat : Sk Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Penaja Kotak : Moha Group
Dengan Kerjasama: SK Padang Jawa
Penceramah Jemputan : Sofis Financial Consultant

Alhamdulillah, program Pureheart telah pun mamasuki siri yang keempat dan Fasa yang kedua. Pada fasa ini, MVM akan lebih memfokuskan kepada Latihan Perniagaan, Pemasaran dan Motivas keluarga penerima. Seramai 18 Volunteer MVM terpilih yang terlibat didalam menjayakan program ini.

Seperti program pureheart sebelum ini, Sebelum bantuan asas diberikan, akan terdapat slot khas dimana keluarga penerima yang hadir didalam pelbagai latar belakang akan diberi pendedahan didalam pelbagai aspek. Pada program PureHeart kali ini, keluarga penerima telah diberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan yang telah disampaikan oleh pihak Sofis Financial Consultant .

Dibantu dengan Volunteer MVM yang terpilih , mereka juga terlibat didalam pengendalian bengkel selama 2 jam tersebut didalam membantu keluarga penerima untuk merancang pelan kewangan mereka. Secara tidak langsung, volunteer MVM juga mendapat manfaat menerusi ilmu perancangan kewangan didalam bengkel tersebut. Bengkel kali ini dijalankan di Makmal Komputer Sk Padang Jawa, Shah Alam.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama yang jitu daripada Volunteer MVM, program ini sekali lagi berjalan dengan lancar.

Semoga dengan pengisian pada kali ini, sedikit sebanyak membantu keluarga penerima didalam pengurusan kewangan dan seterusnya berusaha kearah kehidupan yang lebih baik.

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langung dan tidak langsung terbabit didalam menjayakan program PureHeart pada kali ini.

Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “PureHeart 4.0” :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.