Pure Heart 5.0 Edisi Ramadhan

 

PUREHEART mei

Pure Heart telah memasuki siri yang ke 5 & telah dijalankan pada 27 & 28 Mei 2016 yang lepas. Setelah 4 bulan dijalankan didalam fasa 1, kali ini PureHeart 5.0 memasuki Fasa yang kedua iaitu fasa Latihan Perniagaan, Pemasaran dan Motivasi.

Program : PureHeart 5.0 edisi Ramadhan
Tarikh : 24 & 25 Jun 2016
Tempat : Sk Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Penaja Kotak : Moha Group
Dengan Kerjasama: SK Padang Jawa

Alhamdulillah, program Pure Heart telah pun memasuki siri yang kelima dan Fasa yang kedua. Pada fasa ini, MVM akan lebih memfokuskan kepada Latihan Perniagaan, Pemasaran dan Motivasi keluarga penerima. Seramai 18 Volunteer MVM terpilih yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Seperti program Pure Heart sebelum ini, sebelum bantuan asas diberikan, akan terdapat slot khas dimana keluarga penerima yang hadir didalam pelbagai latar belakang akan diberi pendedahan dalam pelbagai aspek. Istimewanya pada kali ini, Pure Heart 5.0 merupakan edisi Ramadhan di mana Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah memperkenalkan Slot Duit Raya Salam MVM.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama yang jitu daripada Volunteer MVM, program ini sekali lagi berjalan dengan lancar.

Semoga dengan pengisian pada kali ini, sedikit sebanyak membantu meringanakan bebanan keluarga penerima menjelang Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langung dan tidak langsung terbabit didalam menjayakan program Pure Heart pada kali ini.

Sekiranya anda ingin menaja keluarga tersebut dan mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “PureHeart 5.0” :

Pure Heart 5.0 img_6200 img_6197 img_6180 img_6166 img_6156 img_6152 img_6149 img_6138 img_6129 img_6121 img_6118 img_6112 img_6110 img_6100 img_6182 img_6181 img_6180 img_6173 img_6159 Pure Heat 5.0

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.