PureHeart 3.0

pureheart april

 

Alhamdulillah, Pureheart telah masuk siri yang ke 3, iaitu pada 22&23 April di mana MVM memberi bantuan asas serta pelbagai lagi dalam usaha untuk membangunkan keluarga-keluarga asnaf dan miskin.

Program : PureHeart 3.0
Tarikh : 22 & 23 April 2016
Tempat : Sk Padang Jawa, Shah Alam, Selangor
Penaja Kotak : Moha Group
Dengan Kerjasama: SK Padang Jawa & Lembaga Zakat Selangor

Alhamdulillah, Program PureHeart 3.0 kali ini diteruskan lagi didalam fasa pertama iaitu fasa memberi bantuan asas serta menjalinkan hubungan yang baik diantara keluarga penerima dengan MVM.

Tujuan fasa pertama ini dilanjutkan adalah agar keluarga penerima dapat memberi komitmen menghadiri hari penyampaian barang-barang asas. Hal ini kerana selain memberi barangp-barang asas, MVM juga ingin memberi pendedahan kepada keluarga penerima tentang pelbagai aspek kehidupan.

Pada kali ini, Pihak Sekolah Kebangsaan Padang Jawa telah menjemput seorang penceramah daripada Lembaga Zakat Selangor, Ustaz Shahafizan Sabarudin. Beliau telah memberi ceramah motivasi serta pengisian rohani kepada keluarga penerima.

Selain itu, Pusat Zakat Selangor juga telah menyediakan kaunter bergerak Zakat bagi mendapatkan maklumat serta mendaftarkan ahli keluarga penerima yang masih belum berdaftar dibawah Lembaga Zakat Selangor.

Seperti program PureHeart yang sebelumnya, Volunteer bagi program ini diminta untuk hadir awal sehari sebelum program untuk sama-sama memasukkan barang-barang keperluan asas hasil tajaan orang ramai ke dalam kotak “PureHeart Box” yang ditaja oleh Moha Group.

Alhamdulillah, berkat usaha dan kerjasama yang jitu daripada Volunteer MVM, program ini sekali lagi berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada penaja-penaja serta insan-insan yang secara langung dan tidak langsung terbabit didalam menjayakan program PureHeart pada kali ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, klik di sini.

Berikut merupakan Galeri Foto Sepanjang Program “PureHeart 3.0” :

 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.