Sidang Media Misi Bantuan Hidupkan Rohingya : Pembinaan Sistem Rawatan Air Selamat

Sidang Media Misi Bantuan Hidupkan Rohingya : Pembinaan Sistem Rawatan Air Selamat

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung satu Sidang Media Misi Bantuan Hidupkan Rohingya : Pembinaan Sistem Rawatan Air di pejabat urusan Muslim Volunteer Malaysia (MVM). Dalam misi ini, MVM telah bekerjasama dengan Pasukan Tindakan dan Kebajikan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) untuk membina 5 sistem rawatan air medan di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Sistem rawatan air ini bertujuan membekalkan air selamat diminum kepada sekurang-kurangnya 30,000 pelarian Rohingya dalam sehari daripada lebih 600,000 keseluruhan  populasi pelarian di kem mega Balukhali/Kutupalong. Setiap sistem rawatan air yang dibangunkan IMARET dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini mempunyai keupayaan membekalkan 12,500 liter air selamat diminum kepada 6,000 pelarian sehari.

In sha Allah, hari ini, 3 orang sukarelawan MVM akan berangkat ke Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh bagi  mengenal pasti lokasi sesuai sebelum memulakan misi utama yang dijangka akan bermula pada Disember tahun ini. Untuk makluman, lima sistem rawatan air telah dipasang di Cox’s Bazar pada Ogos lalu. Kerjasama ini akan menjadikan keseluruhan 10 sistem rawatan air berkuasa solar itu dipasang di kem pelarian Rohingya.

MVM akan menjalankan kempen pengumpulan dana melalui media sosial selama dua bulan bermula hari ini untuk mengumpul dana sebanyak RM300,000 bagi tujuan di atas. Kami juga mengalu-ngalukan mana-mana badan korporat yang ingin membuat sumbangan boleh menghubungi wakil kami di talian :

  • Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia | Tel: +603-8074 0434
  • Unit Fundraising MVM : +6012-235 6854

Ataupun sumbangan ke mana-mana akaun atas nama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia :

??Maybank (56480 164 7699)
??CIMB Islamik (8602 5378 07)
??Bank Islam (1230 0010 0030 65)
??Email : account@mvm.org.my

Misi ini turut mendapat sokongan dan laporan dari rakan media seperti Kosmo, Bernama, Metro dan Malaysia Insight dan The Sun Daily. Untuk Artikel penuh boleh baca di sini :

  1. Kosmo : http://www.kosmo.com.my/negara/lima-sistem-rawatan-air-bersih-bakal-dibina-di-cox-s-bazar-1.755178
  2. Bernama :http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2018/09/26/ngo-malaysia-berhasrat-bekalkan-air-selamat-diminum-untuk-60000-pelarian-rohingya/
  3. Metro : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/380721/air-selamat-untuk-pelarian-rohingya
  4. Malaysia Insight :https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/98874
  5. The Sun Daily : http://m.thesundaily.my/node/580690

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.