SOCIAL MEDIA : THE GATHERING

Oleh Saffuan Aroff : 31 March 2016

Cover page Laporan aktiviti smtg

Alhamdulillah .

Social Media: The Gathering telah berjaya dijalankan pada 31 Mac 2016 di Pusat Jagaan Warga Emas, Darul Insyirah dengan hasil bersama rakan media Kelab Blogger Ben Ashaari.

 

Program : Social Media : The Gathering
Tarikh : 31 Mac 2016
Tempat : Pusat Jagaan Warga Emas, Darul Insyirah
Rakan Media : Kelab Blogger Ben Ashaari
Tajaan Produk : Cosmoderm

 

Social Media: The Gathering dibawakan khas oleh MVM untuk memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan bersama blogger dan pengguna media sosial dengan melakukan aktiviti amal kebajikan.
Hasil dana yang dikumpul telah digunakan dengan memberi bahan-bahan keperluan di pusat jagaan tersebut, membina tanaman hidroponik dan kebun pertanian.
Seramai lebih 30 sukarelawan yang terlibat didalam usaha menjayakan program ini.
Program dimulakan seawal 9 pagi dengan sedikit taklimat daripada wakil Darul Insyirah sendiri, Nurul aina bt Ab Karim dengan sedikit perkongian mengenai Pusat Jagaan Darul Insyirah.
Para Sukarelawan kemudian dibahagiakn kepada beberapa kumpulan untuk dimulakan kerja-kerja sukarelawan. Sukarelawan lelaki ditugaskan untuk membuat kerja-kerja berat iaitu berkebun dan membina tanaman hidroponik manakala sukarelawan perempuan ditugaskan didalam pusat jagaan tersebut dengan menyantuni setiap bonda yang ada.
Untuk pengetahuan volunteer, Pusat Jagaan Darul Insyirah hanya dihuni oleh kaum wanita yang lebih dikenali sebagai bonda dan setiap bonda ini dijaga dengan rapi oleh petugas-petugas di pusat jagaan tersebut.

GALERI FOTO :

Untuk melihat galeri Foto “Social Media : The Gathering”, klik :

GALERI FOTO “SOCIAL MEDIA : THE GATHERING”

 

Perkongsian daripada wakil Pusat Jagaan Darul Insyirah

Perkongsian daripada wakil Pusat Jagaan Darul Insyirah

Salah seorang petugas MVM sedang menerangkan kepada sukarelawan untuk pembahagian tugas untuk membina kebun

Salah seorang petugas MVM sedang menerangkan kepada sukarelawan untuk pembahagian tugas untuk membina kebun

sukarelawan sedang membina tanaman hidroponik bersama bonda

Sukarelawan sedang membina tanaman hidroponik bersama bonda

Proses menggembur tanah untuk dibuat kebun

Proses menggembur tanah untuk dibuat kebun

Kerja sukarelawan ini turut memberi ilmu kepada generasi muda untuk berkebun

Kerja sukarelawan ini turut memberi ilmu kepada generasi muda untuk berkebun

Sukarelawan sendang menanam tanaman dibatas yang telah dibina

Sukarelawan sendang menanam tanaman dibatas yang telah dibina

Perkongsian daripada MVM tentang cara-cara penggunaan produk terapi diri kepada bonda-bonda

Perkongsian daripada MVM tentang cara-cara penggunaan produk terapi diri kepada bonda-bonda

Setiap bonda menerima produk yang telah ditaja oleh Cosmoderm

Setiap bonda menerima produk yang telah ditaja oleh Cosmoderm

Sukarelawan turut mengguntingkan rambut Bonda didalam sesi perapian diri

Sukarelawan turut mengguntingkan rambut Bonda didalam sesi perapian diri

Sesi perapian ini juga dilengkapi dengan sesi mengurut

Sesi perapian ini juga dilengkapi dengan sesi mengurut

Bonda-bonda turut mendengar perkongsian rohani daripada Dr Robiah K Hamzah yang lebih dititik-beratkan tentang ibadah.

Bonda-bonda turut mendengar perkongsian rohani daripada Dr Robiah K Hamzah yang lebih dititik-beratkan tentang ibadah.

Sukarelawan perempuan turut menerima sedikit perkongsian daripada Hjh Asral Widad, Pengasas Darul Insyirah.

Sukarelawan perempuan turut menerima sedikit perkongsian daripada Hjh Asral Widad, Pengasas Darul Insyirah.

Antara sukarelawan lelaki yang terlibat didalam aktiviti berkebun

Antara sukarelawan lelaki yang terlibat didalam aktiviti berkebun

Antara barang-barang keperluan asas kepada Pusat jagaan tersebut

Antara barang-barang keperluan asas kepada Pusat jagaan tersebut

Tanaman Hidroponik yang telah siap dibina

Tanaman Hidroponik yang telah siap dibina

Keadaan kebun setelah hampir siap dibina.

Keadaan kebun setelah hampir siap dibina.

Sukarelawan wanita yang terlibat didalam Social Media : The Gathering

Sukarelawan wanita yang terlibat didalam Social Media : The Gathering

Sukarelawan Lelaki yang terlibat didalam Social Media : The Gathering

Sukarelawan Lelaki yang terlibat didalam Social Media : The Gathering

Sesi bergambar bersama setiap insan yang terlibat didalam Social Media : The Gathering. Terima kasih !

Sesi bergambar bersama setiap insan yang terlibat didalam Social Media : The Gathering. Terima kasih !