Wajah-wajah Keriangan Anak-anak Autisme Insani

Social Media The Gathering 5.0 : Autisme Insani

Program : Social Media The Gathering 5.0 : Autisme Insani
Tarikh : 18 Februari 2017
Tempat : Akademi Autisme Insani & Farm In The City, Seri Kembangan.

Alhamdulillah pada 18 Februari 2017 yang lepas, team MVM telah mengadakan program Social Media The Gathering 5.0 : Autisme Insani. Program kali ini telah disertai oleh 40 orang sukarelawan MVM dan 22 orang anak-anak Autisme daripada Akademi Autisme Insani.

Team sukarelawan MVM telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Skuad Eksplorasi dan Skuad Sensori.

Skuad Eksplorasi :

Skuad Eksplorasi telah mengiringi anak-anak Autisme berjalan sambil belajar di Farm In The City, Seri Kembangan. Alhamdulillah, anak-anak Autisme ini berpeluang untuk mengenali, menyentuh dan memberi makan haiwan-haiwan disini. Apa yang memberi cabaran kepada para sukarelawan MVM adalah untuk mengawal pergerakan anak-anak ini kerana mereka sangat aktif dan sensitif pada persekitaran. Namun begitu, para sukarelawan dan juga anak-anak Autisme ini amat gembira dan menimba pengalaman manis bersama.

Skuad Sensori :

Skuad Interaktif pula telah berkumpul di Akademi Autisme Insani. Sukarelawan dalam team ini telah membantu mengecat, menambahbaik dan menghias bilik sensori di Akademi Autisme Insani. Bilik sensori ini adalah merupakan sebuah bilik terapi bagi anak-anak Autisme.

Terima kasih kepada semua #VolunteerMVM yang telah menjayakan program SMTG 5.0 : Autisme Insani kali ini

In sha Allah, kami akan berusaha untuk meneruskan program-program seperti ini pada masa akan datang. Ia adalah untuk menimba pengalaman baru dan menyelami sisi hidup yang berbeza.

GAMBAR SMTG 5.0 : Autisme Insani

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.