(TAHNIAH) Zul Fattah Juara MVM Apprentice 2016

Tahniah buat Zul Fattah kerana telah dinobatkan sebagai juara MVM Apprentice 2016.

Pelajar MVM Apprentice musim pertama, Zul Fattah bin Saleh 25 tahun dinobatkan sebagai juara pada majlis graduasi yang berlangsung di Ostia Bangi Business Centre pada 18 Julai 2016. Peserta kelahiran Kelantan ini juga telah dipilih sebagai “Peserta Terbaik Keseluruhan MVM Apprentice 2016“.

Program yang bermula dari 2 Jun 2016 sehingga 18 Julai 2016, telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh Malaysia. Program ini yang bermatlamat untuk membantu graduan-graduan yang masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap untuk mendalami ilmu perniagaan secara teori dan praktikal serta mempelajari tips-tips serta strategi pemasaran yang bersesuai dengan peredaran masa kini.

Dengan kemenangan itu, syarikat MOHA Trading Sdn Bhd akan menaja penuh pemenang utama bagi sesi pertama pengeluaran produk bernilai maksima RM25,000.00 (Dua Puluh Lima Ribu Ringgit Sahaja)Zul Fattah akan menjadi pemilik produk dan beliau akan mengeluarkan produknya sendiri.

Setelah tamatnya MVM Apprentice 2016 ini, kesemua peserta ‘Apprentice’ akan diberi peluang oleh MOHA Group Sdn Bhd bagi meneruskan penjualan produk masing-masing yang diberikan kepada empat (4) kumpulan.

Manakala MOHA Trading Sdn Bhd akan memberi peluang kepada seramai enam (6) orang peserta bersamaan tiga (3) lelaki dan tiga (3) perempuan untuk diserap sebagai pekerja sepenuh masa di dalam syarikatMOHA Trading Sdn Bhd untuk menguruskan jualan produk-produk syarikat MOHA Trading Sdn Bhd.

juara mvm apprentice 2016

SENARAI PEMENANG MVM APPRENTICE 2016

Peserta Terbaik Keseluruhan : Zul Fattah bin Saleh

Peserta Terbaik Setiap Kumpulan

Kumpulan Freely Face Serum : Nurul Syazwani binti Mohd Shafie
Kumpulan Her Crown Serum : Syarikat : Ahmad Solehin bin Mohamed Nor
Kumpulan Voophy Shape Serum : Syarikat : Elcy Syafina binti Syafri
Kumpulan Pore Shrink Serum : Syarikat : Nurul Nadhrah binti Masri

Jualan Online Tertinggi : Zul Fattah bin Saleh

Komitmen Terbaik : Muhammad Hafizuddin b Abd Zakariya

Kumpulan Terbaik : Freely Face Serum

Harapan kami, dari pihak MVM semoga semua peserta Apprentice memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari sepanjang program “MVM Apprentice 2016”

MVM mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja utama program ini iaitu syarikat MOHA Trading Sdn Bhd, dan terima kasih juga kepada syarikat Pakatan Cetak yang telah menaja percetakan sepanjang program ini.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.