Tangisan Rahmat Puan Noor Hisiken

Tangisan Rahmat Puan Noor Hisiken

Sekeping gambar seorang wanita yang sedang menangis sambil menadah tangan telah dirakamkan oleh lensa kamera MVM semasa alunan doa yang syahdu dibacakan di Program Bantuan Asnaf Pure Heart tahun lepas. Ia telah menarik perhatian kami untuk mengenali lebih dekat wanita ini. Pasti ada 101 kisah duka yang dilalui oleh wanita tersebut yang sudah lama terpendam. Dari situlah membawa perkenalan kami dengan keluarga Puan Noor Hisiken.

Puan Noor Hisiken atau lebih mesra dipanggil Kak Noor merupakan penerima bantuan Pure Heart 2017 di SK Puchong Utama 1. Beliau berasal dari Johor dan kini menetap di Puchong bersama suami dan anak-anak. Beliau seorang surirumah berumur 43 tahun dan mempunyai 2 orang anak lelaki dan 1 perempuan.

Suami beliau bekerja sendiri sebagai tukang pendawaian elektrik dan mempunyai pendapatan yang tidak tetap. Demi membantu menyara keperluan keluarga, Kak Noor berniaga karipap sejuk beku. Dengan purata pendapatan hasil jualan karipap sejuk beku hanya RM800 sebulan, ia sangat tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga seperti sewa rumah, bil elektrik dan air. Apatah lagi untuk menanggung perbelanjaan pendidikan anak-anak beliau yang kini belajar di universiti dan yang masih bersekolah.

Wakil MVM telah menziarahi Kak Noor dan keluarga di rumah beliau di Puchong pada awal bulan Januari yang lalu untuk melihat sendiri keadaan keluarga Kak Noor dan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang keluarga dan perniagaan beliau. Semangat positif dan sikap tidak berputus asa Kak Noor untuk terus berniaga menjadi asbab pihak MVM rasa terpanggil untuk memilih beliau sebagai penerima bantuan perniagaan dalam program Jejak Mahabbah 5.0 ini.

Di samping berniaga karipap sejuk beku, Kak Noor kini merancang untuk menambah pendapatan dengan berniaga kek. Namun begitu, beliau tiada wang mencukupi untuk membeli peralatan yang diperlukan bagi memulakan perniagaan ini. Pihak MVM telah berbincang sendiri dengan Kak Noor berkenaan alatan yang diperlukan beliau dan akan cuba membantu seberapa yang termampu oleh pihak kami.

Terkini, kami telah membuka kempen Jejak Mahabbah 5.0 – Peluang Wakaf Alatan Perniagaan Kak Noor Hisiken kepada orang ramai.

Jika anda berminat untuk turut serta mewakafkan atau derma seberapa sahaja yang termampu untuk pembelian alatan perniagaan ini, boleh layari Website Donation MVM di link dibawah ini :

Doakan agar Allah permudahkan urusan kita semua bagi membantu meningkatkan ekonomi keluarga asnaf yang memerlukan ini. Amin.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.