Anugerah Daripada Perdana Menteri

Syukur alhamdulillah, pada 9 Disember 2016 Muslim Volunteer Malaysia telah dijemput untuk ke Volunteer Malaysia Awards 2016 di Sunway Pyramid Convention Centre.

MVM telah mendapat tempat ke-5 untuk ketegori “Top 5 NGO Malaysia” dan juga mendapat tempat ke-4 untuk ketegori “People Choice Award” dengan membawa nama program “Pure Heart 2016”.

Ini merupakan kejayaan dan penghargaan kepada MVM, apabila dapat bersama dengan nama-nama besar yang lain pada malam penghargaan ini.

Firman Allah Subhanahuwata‘ala,

‎اوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. (Surah Al-Maidah : 2)

Terima kasih atas doa daripada anda semua.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.