Volunteer MVM Appreciation Awards 2017 Luar Biasa Meriah

Volunteer MVM Appreciation Awards 2017 Luar Biasa Meriah.

Program : Volunteer MVM Appreciation Awards 2017
Tarikh : 30 Disember 2017
Tempat : Hotel Bangi-Putrajaya
Penaja : Yadim, Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ), Billplz, Malaysia Lifeline For Syria (MLLFS), Fujifilm, Ariani, Iz Dew Florist, Projek Ihsan, Opah Design

Syukur, alhamdulillah pada 30 Disember 2017 telah berlangsung Volunteer MVM Appreciation Awards 2017 buat kali ke-2 di Hotel Bangi-Putrajaya. Ia sekaligus meraikan ulang tahun ke-3 penubuhan Muslim Volunteer Malaysia. Ia juga bertujuan untuk meraikan dan menghargai sukarelawan MVM yang telah banyak berkorban masa dan tenaga menjayakan program-program anjuran MVM. Istimewa kali ini, kami turut meraikan penerima bantuan Pure Heart yang memberi komitmen penuh dalam menambah pendapatan keluarga dan mengubah hidup lebih baik.

Majlis ini telah bermula pada jam 8.30 malam dan dimeriahkan dengan kehadiran 350 orang sukarelawan, VIP, penaja dan selebriti jemputan. Alunan zikir oleh Ustaz Fadzli Far East dan iringan doa oleh Saudara Azizi Kamizi sebagai pembukaan majlis dengan cukup tenang sekali.

Majlis malam tersebut telah ditambah tenaga dengan pengacara jemputan kami iaitu Saudara MC Naz yang kaya dengan celoteh yang menghiburkan. Majlis diteruskan dengan jamuan makan malam secara “buffet”. Sajian masakan melayu dan pencuci mulut yang sangat sedap memuaskan hati semua hadirin.

Di samping menjamu selera, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh sukarelawan-sukarelawan MVM dan juga Ikon MVM, Lah Ahmad. Selain itu, para hadirin juga diberi kejutan dengan cabutan bertuah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian 12 anugerah berikut :

  • Anugerah Persona (Wanita)
    – Muna Amani binti Fisal

  • Anugerah Persona (Lelaki)
    – Muhammad Izzul Izzat bin Rosly

  • Anugerah Perintis
    – Siti Faeqah binti Zolkifli

  • Anugerah Inspirasi
    – Nur Atila binti Ibrahim

  • Anugerah Jasabakti
    – Nor Syakira binti Adzhari

  • Anugerah Di Sebalik Tabir
    – Adely bin Kassim

  • Anugerah Khas – VolunteerMVM Cilik
    – Ahmad Husaini bin Ahmad Tarmizi

  • Anugerah Khas – Inspirasi Pure Heart
    – Puan Yuliana bin Sufri

  • Anugerah Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad
    – Cik Norhatifah binti Mohamad Shafiai

  • Anugerah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
    – Afendi Alias

Tahniah kepada semua pemenang anugerah Volunteer MVM Appreciation Awards 2017 !

Selain itu, kami juga memberi penghargaan kepada barisan sukarelawan MVM yang sama-sama menubuhkan Muslim Volunteer Malaysia sejak 2014. Terima kasih atas jasa bakti dan terus menyokong MVM sehingga kini.

Paling istimewa, kami juga telah memberi penghargaan dan menyampai Anugerah Pekerja Harapan 2017 kepada pekerja-pekerja MVM yang telah banyak mengerah tenaga dan komited dalam melaksanakan tugas sepanjang tahun 2017 ini.

Majlis telah berakhir dengan persembahan penutup bersama Ikon MVM, Hazwani Helmi yang mengalunkan nyanyian nasyid dan zikir. Alhamdulillah, segala perancangan dan majlis berjalan dengan lancar sekali. Semoga tahun 2018 ini membawa lebih banyak kejayaan dan sokongan daripada orang ramai dalam menjalankan program-program amal dalam dan luar negara.

Kami mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah. Harapan kami agar kita semua terus bersemangat dan komited dalam menjayakan lagi program di sepanjang tahun 2018 ini.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang majlis VolunteerMVM Appreciation Awards 2017 berikut :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.