Di Sebalik Pintu 4.0 (Fasa 2) – Kini Puan Noor Huda Lebih Bersemangat Untuk Berniaga.
Pada 6 Julai yang lalu, team MVM telah berada di tempat niaga Puan Huda yang merupakan penerima bantuan Di Sebalik Pintu 4.0.
Untuk makluman, pada 29 April 2017 keluarga ini terima menerima bantuan fasa pertama iaitu transformasi kediaman.
Alhamdulilah dari bantuan tersebut keluarga Puan Huda kini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik bersama anak-anaknya, ibunya yang sakit tua dan akaknya yang kurang upaya.
Ziarah pada kali ini, MVM memberikan penerangan strategi bagaimana cara untuk menambahkan lagi pendapatan ekonomi keluarga ini melalui perniagaan “frozen food” yang diusahakan oleh beliau.
MVM juga sedang merangka bantuan fasa kedua program disebalik pintu yang memfokuskan terhadap transformasi perniagaan penerima bantuan bagi mengubah kehidupan Puan Huda ke arah yang lebih baik melalui peningkatan pendapatan ekonomi.
Moga usaha ini dipermudahkan.