Impak Pandemik, Di Saat Masjid Kurang Dana & Tidak Mampu Disanitasi, MVM Tampil Hulur Bakti

Semua sedia maklum, musim pandemik COVID-19 yang membayangi kehidupan manusia sejak akhir tahun lalu masih ‘hidup’ hingga ke hari ini.

Apatah lagi beberapa negara terpaksa melaksanakan perintah berkurung, termasuklah Malaysia yang sudah pun melalui fasa ‘bergelap’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan.

Impak PKP bukan kecil. Banyak syarikat terpaksa gulung tikar, ramai yang hilang kerja, ekonomi lumpuh, harga minyak dunia jatuh menjunam sehingga RM1.44 seliter dan banyak lagi.

Episod duka ini turut memberi kesan buruk terhadap banyak sektor industri, pendidikan mahupun institusi keagamaan, termasuklah masjid-masjid dan surau-surau.

Ia berikutan kerajaan ‘terpaksa’ memberhentikan sementara sebarang aktiviti ibadah di rumah ibadat, ekoran bagi mengelakkan terjadinya himpunan jemaah yang ramai.

Akibat daripada itu, kebanyakan masjid dan surau sudah ‘terputus’ sumber kewangan yang selama ini banyak disumbangkan oleh para jemaah.

Justeru, dalam kelesuan institusi masjid dan surau ini untuk ‘hidup’ semula, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) tampil menghulur bakti.

Taharah COVID-19: Sanitasi Masjid dan Surau  

Difahamkan, selepas dibenarkan untuk beroperasi semula dengan prosedur operasi standard (SOP), pihak masjid dan surau perlu melaksanakan proses sanitasi secara berkala sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19.

Namun, terdapat beberapa masjid dan surau yang berhadapan dengan masalah kekurangan dana untuk menampung kos tersebut, disebabkan kurangnya jemaah dan aktiviti yang dijalankan sepanjang PKP.

Sehubungan itu, MVM dengan kerjasama Clean Hero dan Kengkawan Project pada kali ini menjalankan projek Taharah COVID-19: Sanitasi Masjid dan Surau dalam usaha membantu masjid dan surau bersasar yang terlibat dengan menjalankan proses sanitasi dan pembersihan di sana.

Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM

Justeru, pada 12 Ogos lalu, enam (6) tenaga kerja dari MVM dengan kerjasama lima (5) dari Clean Hero bergerak ke dua lokasi sasaran di sekitar Selangor.

Bagi lokasi pertama di Masjid Qaryah Kampung Rinching Hulu, Semenyih, program dimulakan kira-kira 10.30 pagi dengan sesi taklimat mengenai sanitasi dan pembersihan.

Kerja-kerja sanitasi oleh 11 tenaga kerja ini turut dibantu dan dipantau oleh tiga (3) orang ahli jawatankuasa masjid tersebut

Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM

Bagaikan petugas barisan hadapan atau lebih umum disebut frontliner, kru Clean Hero memulakan tugas mereka dengan menyarung lengkap alat perlindungan diri (PPE) ke tubuh masing-masing.

Proses sanitasi dimulakan dengan ‘wipping’; iaitu mengelap di tempat-tempat yang tinggi risiko perebakan kuman iaitu tombol pintu, meja, suis, mimbar serta di sekitarnya.

Selesai disanitasi, proses seterusnya adalah ‘misting’, iaitu semburan cecair ke dinding, permaidani saf dan seluruh kawasan terlibat.

Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM
Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM
Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM

Ketika proses sanitasi dijalankan, semua kipas dan alat penyaman udara di masjid tersebut ditutup.

Menurut wakil Clean Hero, tindakan itu bertujuan untuk mengelakkan sebarang zarah terbang bertebaran ketika kerja-kerja sanitasi dijalankan.

“Nak kurungkan dia, kita nak bagi dia duduk setempat. Biar particles tu melekat kat dinding, serap kat karpet. Lebih effective untuk bunuh kuman 99.99 peratus dan menghasilkan protective layer,” katanya.

Sejurus selesai, ruang masjid yang telah disanitasi itu dibiarkan selama 90 minit bagi mengekalkan pengudaraan semula kepada yang asal.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan serta sesi bergambar bersama pihak masjid.

Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM
Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM

Walau lencun berpeluh, tugas tetap dilaksanakan

Meskipun mereka telah merasai detik ‘bahang’ ekoran tubuh dibungkus dengan PPE sejak pagi tersebut, namun ia bukan penghalang untuk mereka meneruskan projek sanitasi itu.

Selesai sahaja di masjid tersebut, semua yang terlibat bergerak menuju ke lokasi kedua di Surau Al-Islah, Bandar Tasek Kesuma, Kajang selepas Zuhur.

Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM
Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM

Di surau tersebut, hanya seorang (1) ahli jawatankuasa sahaja yang terlibat.

Segala taklimat, persiapan, pemakaian PPE serta turutan kerja-kerja sanitasi adalah sama seperti yang dijalankan di Masjid Qaryah Kampung Rinching Hulu, Semenyih pada pagi itu.

Sesi ‘wipping’ dijalankan ke kawasan-kawasan tinggi risiko perebakan kuman, serta turut disambung dengan proses semburan cecair sanitasi ke permaidani saf, dinding dan sebagainya.

Projek tersebut tamat kira-kira pukul 4 petang dengan penyerahan sijil penghargaan serta sebotol pati sabun daripada Clean Hero dan sesi bergambar.

Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM
Suasana sekitar program berlangsung. | Gambar: MVM

Masih banyak masjid memerlukan dana anda

MVM telah berjaya menjalankan tanggungjawabnya membantu Masjid Qaryah Kampung Rinching Hulu dan Surau Al-Islah untuk buat proses sanitasi.

Namun, masih banyak lagi masjid dan surau lain yang kekurangan dana untuk disanitasi secara berkala.

Apatah lagi para jemaah telah mula ‘kembali’ untuk solat berjemaah, bukankah mereka perlu solat dalam keadaan bersih dan selamat?

Justeru, MVM kini sedang membuka kempen tajaan bagi Taharah COVID-19: Sanitasi Masjid dan Surau bagi membantu 150 masjid dan surau yang perlu disanitasi di sekitar Lembah Klang dan Pahang.

Sasaran berjumlah RM200,000 disasarkan, merangkumi kos pembelian peralatan dan bahan-bahan sanitasi serta kos pemasaran.

Apa yang anda dapat jika menyumbang kepada kami?

Pepatah pernah mengatakan, what you give, you get back.

Justeru, sekiranya anda memilih untuk sudi menyumbang kepada kami, kami juga sudi menawarkan sesuatu yang istimewa buat anda.

Setiap penderma yang telah menyalurkan sumbangan untuk #TaharahCovid19, anda LAYAK menerima BAUCER KHAS daripada Clean Hero.

Bagi yang menderma sebanyak RM50 hingga RM200, anda akan menerima baucer khas 5% diskaun.

Manakala bagi yang menderma sebanyak RM300 dan ke atas, anda akan menerima baucer khas 10% diskaun.

Berbaloi, kan? Tapi ada syarat-syarat tertentu seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Terma syarat:
1. Sah digunakan untuk servis cucian carpet & fabrik professional (sofa/tilam/kusyen kereta) sahaja.

2. Servis sah untuk yang tinggal di kawasan KL, Seremban & Johor Bahru.

3. Baucer ini sah digunakan untuk pembelian minimum RM150 untuk satu (1) transaksi

4. Setiap transaksi pembelian hanya boleh menggunakan satu (1) baucer sahaja.

5. Baucer ini tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

6. Sah digunakan sehingga 30 November 2020 sahaja.

Macam mana? Berminat dengan tawaran kami?

Jika anda berminat untuk turut serta, anda boleh menyumbang ke tabung sumbangan kami di https://donationmvm.org/ sekarang.

Dan sekiranya anda menyumbang, ketahuilah bahawa anda juga layak digelar sebagai frontliner!

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.