Program Ramadhan MVM 2016
KEM RAMADHAN YEOS 2016 bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia dalam menghulurkan bantuan dan memandang berat kepada golongan yang memerlukan selain membina satu ikatan yang kuat antara rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Didalam kem Ramadhan Yeos kali ini, MVM bekerjasama bersama Yeo’s untuk menceriakan hati warga rumah kebajikan terpilih didalam bulan yang penuh barakah ini.
Slogan Kem Ramadhan Yeo’s 2016 kali ini ialah:
• Serasi Berpuasa – Berpuasa bersama tidak kira agama, bangsa atau latarbelakang.
• Sehati Beramal – Bersama dalam membuat kebaikan dengan bersandarkan kekuatan kerjasama sesama manusia.
• Seiring Bintang – Bintang menjadi contoh dalam membuat sesuatu perkara yang baik dan menjadi ikutan.
Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada semua agar menyemai sifat-sifat mulia seperti sabar, disiplin, hormat-menghormati, dan mencabar kemampuan diri. Mempamerkan kasih sayang dan mengeratkan kemesraan dalam komuniti kita.
Nama Program : Kem Ramadhan Yeo’s bersama MVM 2016
Tempat : Rumah Kasih Nurul Hasanah (Ampang), RUKESA (PJ), Teratak Nur Barakah (Shah Alam), Rumah Titian Kaseh (Titiwangsa), Rumah Bakti Nur Syaheera (Cheras), dan Rumah Kasih Harmoni (Ampang).
Tarikh : 25 Jun 2016
Masa : 0800 pagi – 0830 malam
Penaja : Yeo’s
Alhamdulillah pada 25 Jun yang lepas telah berlangsung Kem Ramadhan Yeo’s 2016. Seramai 100 orang volunteer telah memeriahkan kem ini. Kem ini telah bermula seawal 0800 pagi sehingga 0830 malam.
Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi perkongsian bersama JAKIM, Ice breaking, zumba, Talent Show Time, cabutan bertuah, Instagram Photo Contest dan anugerah khas.
Mvm ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua volunteer dan penaja yang telah terlibat dalam menjayakan Kem Ramadhan Yeo’s 2016 !
Berikut merupakan galeri foto sepanjang Kem Ramadhan Yeo’s: