Kursus Hero Beri Permulaan Yang Baik Untuk Pembukaan Program MVM 2020

Kursus Hero Beri Permulaan Yang Baik Untuk Pembukaan Program MVM 2020

Penulis : Nurazielah Binti Roslee (Executive Volunteer Community MVM)

Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lalu 18 Januari 2020, Pertubuhan Sukarelawan Malaysia telah mengadakan Kursus Hero Volunteer kepada para sukarelawan MVM yang berdaftar seumur hidup. Kursus ini bertempat di PetaMinda Academy Bangi bermula dari 9 pagi hingga 6 petang. Seramai 22 orang sukarelawan telah menyertai kursus ini.

Antara matlamat kursus ini diadakan adalah untuk melahirkan sukarelawan yang berkualiti dan berpengetahuan dalam mengendalikan program dan pengumpulan dana. Sukarelawan yang menyertai kursus ini juga akan diberi peluang untuk menjadi wakil bagi menguruskan program atau aktiviti sukarelawan dan kebajikan anjuran MVM.

Kursus ini mempunyai tiga slot dimana slot tersebut disampaikan oleh kakitangan MVM sendiri. Kursus Hero Volunteer telah bermula dengan slot pengenalan organisasi MVM yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohd Fauzan bin Abdul Sukor.

Seterusnya kursus ini diteruskan dengan slot “Let’s manage the program” yang disampaikan oleh Ketua bahagian Projek dan Hal Ehwal Kemanusiaan iaitu Cik Nusrah Rabihah. Cik Nusrah telah menyampaikan pengetahuan tentang bagaimana untuk menguruskan program anjuran MVM sebelum, semasa dan selepas.

Kemudian kursus ini diakhiri dengan slot “Be an awesome faindraiser” yang telah disampaikan oleh En Azizi Kamizi, Cik Adawiyah dan Cik Rosatiqah Fatin. Alhamdulillah ketiga-tiga slot ini telah mendapat respon yang positif dari para peserta apabila penceramah mendapat pelbagai soalan.

Di akhir kursus tersebut, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti Latihan dalam Kumpulan (LDK). Peserta begitu semangat untuk membentangkan tugasan yang telah diberikan dan rata-rata kesemua peserta memahami apa yang dipelajari dalam kursus tersebut.

Harapan MVM, semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari pada masa akan datang. InshaAllah.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.