MVM Di Program Pure Heart 7.2

MVM Di Program Pure Heart 7.2

Puchong – Pada 27 Mac (Sabtu), MVM telah mengadakan program wajib tahunan bagi MVM sendiri iaitu Pure Heart 7.2 (Mac) – Bantuan Asnaf Miskin Bandar 2021. Masjid Kota Damansara adalah lokasi yang MVM pilih pada tahun ini untuk menjalankan pengagihan barangan asas kepada keluarga asnaf yang terpilih. Seramai 151 keluarga asnaf telah diraikan dalam program kali ini.

Kali ini juga kami masih mengekalkan SOP PKP dimana kami tidak membuka pendaftaran kepada volunteer MVM bagi menjaga jarak dan limitasi penerima, staff MVM dan AJK Masjid Kota Damansara.

Rakan kerjasama yang MVM jalinkan untuk Pure Heart kali ini adalah bersama dengan Masjid Kota Damansara itu sendiri. Ustaz Saiful sebagai Pegawai Pembangunan Asnaf di Masjid tersebut serta Ajk yang lain banyak membantu dalam menjayakan Pure Heart ini.

Persediaan Program Bersama Masjid Kota Damansara.

Seawal jam 7.30 pagi petugas MVM telah hadir di Masjid Kota Damansara untuk persiapan barang yang dihantar oleh lori kedai Seri Baling.

Kehadiran Ustaz Saiful juga telah disambut dengan mesra oleh petugas MVM untuk memulakan persediaan tempat-tempat bagi agihan barangan asas pagi tersebut.

Persediaan tempat ini juga telah dibantu oleh AJK-AJK Masjid. Mereka turut membantu menyusun atur meja-meja pendaftaran dan juga khemah-khemah bagi tempat agihan barangan asas.

Seterusnya, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Roti Gardenia
  • Kicap
  • Sos cili
  • Gula pasir
  • Garam
  • Rempah 4 sekawan
  • Petola
  • Terung
  • Ubi kentang
  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bihun
  • Tin Sardin
  • Ayam segar

 

Kehadiran setiap keluarga penerima manfaat ini adalah mengikut kumpulan yang diberikan oleh pihak MVM mengikut waktu-waktu yang ditetapkan. Kumpulan telah dipecahkan kepada 8 kumpulan dan mereka bergilir-gilir mengambil barangan asas mengikut masa yang ditentukan supaya semua penerima manfaat ini dapat mengikut SOP penjarakkan sosial.

Program berakhir lebih kurang jam 1 petang dan kami berasa sangat lega dan bersyukur kerana program berjalan dengan lancar pada hari kejadian dan semua barang telah selamat diagihkan kepada semua penerima manfaat. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas dan juga Volunteer MVM yang selalu menyokong kami secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga jasa kalian dibalas di akhirat kelak. Amin.

 

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

 

 

 

 

 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.