Nature Hero – “Cintailah alam sekitar kita”

Penulis oleh : Ziela Roslee

Syukur alhamdulillah. Pada sabtu yang lalu 22 Februari 2020, MVM dibawah segmentasi MVM Unity telah menganjurkan satu lagi program sukarelawan berkaitan Nature. Program tersebut adalah Nature Hero : Clean Up Sungai Kita. Seramai 25 sukarelawan MVM termasuk 8 orang pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa telah menjayakan program kali ini.

Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Program dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit taklimat daripada tim MVM bagi menjelaskan pergerakan sukarelawan pada hari tersebut. Sukarelawan telah disediakan beberapa alat untuk membantu memudahkan mereka semasa membersihkan sungai seperti sarung tangan, pengetip sampah dan juga hand sanitizer.

Di akhir program, para sukarelawan dan tim MVM telah mengaudit sampah yang dikutip. Hasil sampah yang dikutip adalah seberat 16.9 kg. Ini menunjukkan sampah di Hutan Lipur Sg Gabai sangat sedikit dan tempat tersebut terpelihara. Kemungkinan besar hampir semua pengunjung yang datang mempunyai kesedaran untuk tidak membuang sampah merata.

Walaubagaimana pun, puntung rokok dijumpai berada dimerata tempat dan bukan dibuang di tong sampah yang disediakan. Sebanyak 336 rokok dijumpai dibuang di merata tempat terutamanya di tanah dan di rumput. Nampak biasa tetapi puntung rokok juga antara penyumbang besar boleh mengganggu tumbesaran tumbuhan dan pokok yang berada di situ. Nasihat saya, buanglah sekecil-kecil sampah di tempat yang sepatutnya supaya alam sekitar kita dapat dinikmati oleh setiap keturunan kita.

Sini saya sediakan beberapa gambar untuk para pembaca. Terima kasih ?

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.