Night Of Appreciation (NOA) Melabuhkan Tirai Program MVM 2019

Night Of Appreciation Melabuhkan Tirai Program MVM 2019

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) telah mengadakan satu majlis doa selamat dan solat hajat iaitu Night Of Appreciation (NOA 2019). Majlis ini adalah bertujuan ntuk menghargai sukarelawan MVM, keluarga asnaf MVM dan semua penaja dan penyumbang yang telah menyokong serta bertungkus lumus menjayakan program-program amal bersama MVM sepanjang tahun ini.

Pada tahun ini, NOA 2019 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Puchong Indah bermula jam 6.00 pm – 10.30 pm. Seramai hampir 90 orang telah menghadiri NOA yang terdiri daripada sukarelawan MVM, keluarga asnaf, tetamu jemputan VIP, para penaja dan rakan NGO. NOA 2019 ini bertemakan “Traditional Classy”

Majlis bermula dengan solat maghrib dan solat hajat serta bacaan Yassin berjemaah bagi memohon keberkatan menghadapi tahun 2020.

Majlis dimeriahkan lagi, dengan jamuan makan malam, BBQ dan juadah potluck yang telah dibawa oleh para hadirin yang hadir pada malam tersebut.

Selepas jamuan makan malam, majlis diteruskan dengan perasmian inisiatif ekonomi MVM iaitu MVM Republic oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Fauzan Abdul Sukor.

Kemudian, Tuan Fauzan juga membentangkan Jadual Program MVM bagi tahun 2020.

MVM juga telah membuka peluang kepada tetamu yang hadir untuk mendaftar sebagai sukarelawan MVM dengan harga istimewa pada malam tersebut serta diadakan juga jualan merchandise eksklusif MVM dengan diskaun 10%.

Kemuncak NOA 2019 adalah sesi penganugerahan bagi menghargai jasa para sukarelawan MVM, petugas MVM dan juga keluarga asnaf.

Sebanyak 4 anugerah yang telah diberi penghargaan iaitu Anugerah Inspirasi, Anugerah Sukarelawan Lelaki Terbaik, Anugerah Sukarelawan Perempuan Terbaik, dan Anugerah Di Sebalik Tabir.

Manakala 1 anugerah khas yang telah diberikan kepada petugas MVM iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Berikut adalah Penerima anugerah :

  1. Mohamad Fazly Mansor (Anugerah Sukarelawan Lelaki)
  2. Nuranis Izzaty Abdullah (Anugerah Sukarelawan Perempuan)
  3. Mahmud Azzuhdi Muhammad Nur (Anugerah Sukarelawan Di Sebalik Tabir)
  4. Rosli Yusof (Anugerah Inspirasi)
  5. Nusrah Rabiha Yunus (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)

Dalam kemeriahan dan keseronokan malam NOA 2019, MVM juga tidak melupakan saudara-saudara pelarian Syria yang kini menderita kesejukan di kem pelarian Syria.

MVM telah mengadakan satu slot iaitu tayangan video montaj Syria bagi kesedaran kempen Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 4.0.

Night Of Appreciation 2019 telah melabuhkan tirainya. Majlis ditutup dengan sesi fotografi kenangan oleh para hadirin.

Terima kasih kepada sukarelawan MVM, para penaja, rakan NGO, rakan Media, dan semua hadirin yang telah memeriahkan NOA 2019 dan sentiasa menyokong program anjuran MVM. Semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan menjadi saham di akhirat nanti.

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.