Penasihat & Ikon Muslim Volunteer Malaysia – MVM 2017

Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2017

Program : Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2017
Tarikh : 21 Disember 2016
Tempat :Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam
Penaja Bunga : Iz Dew Florist & Gift
Jurugambar Rasmi : Denovia Pictures, NFAH Photography & The Frame Pictures

Syukur ke hadrat Illahi, pada 21 Disember 2016 telah berlangsung Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2017. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan buat pertama kali Penasihat dan Ikon MVM 2017 yang dilantik oleh pihak Muslim Volunteer Malaysia.

Alhamdulillah, kami juga amat bertuah kerana para Ikon MVM 2017 ini dengan rela hati tidak mengenakan sebarang bayaran bagi pelantikan Ikon ini.

Memperkenalkan Penasihat & Ikon MVM 2017 :

Penasihat MVM 2017

  • Profesor Oftalmologi AUCMS
  • Pakar Inspirasi dan kolumnis majalah
  • Pengarah di Pusat Mata & Lasik Prof. Muhaya Eye & Lasik Centre

Inspirasi MVM 2017

  • Pengarah Eksekutif D’ Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd.

Ikon MVM 2017

  • Pelakon
  • Usahawan
  • Penyanyi
  • Jurucakap produk

Ikon MVM 2017

  • Penyanyi
  • Pelakon
  • Host
  • Model
  • Penceramah Motivasi
  • Aktivis Kemanusiaan
  • Pengarah Urusan Heliza Helmi Production Sdn. Bhd.

 

Ikon MVM 2017

  • Penyanyi
  • Penceramah Motivasi
  • Emcee
  • Penulis
  • Aktivitis Kemanusiaan
  • Model
  • VO Talent
  • Beat Box Talent

Ikon MVM 2017

  • Pelakon, Model
  • Jurucakap Produk

Ikon MVM 2017

  • Atlet terjun negara

MVM berharap melalui pelantikan ini, Ikon MVM akan dapat mencipta gelombang dan seterusnya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap peranan MVM dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan.

Dengan adanya kempen kesedaran yang dipromosikan oleh MVM, ia menjadi medium pengumpulan dana bagi melaksanakan program-program kebajikan dengan lancar dan teratur. Selain itu, ia juga dapat meluaskan jaringan jalinan bersama pertubuhan, persatuan, agensi kerajaan dan agensi-agensi lain.

Terima kasih juga kepada sukarelawan yang memberi sepenuh komitmen bagi memastikan majlis berjalan lancar.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.