Projek  : Riadah For Ummah – Piala Amal Bowling 4.0 MVM 2019

Projek  : Riadah For Ummah – Piala Amal Bowling 4.0 MVM 2019

Penaja Bersama : Toto Malaysia Sdn Bhd & Aksi Cepat Tanggap

Hye & Assalamualaikum Volunteer serta Dermawan MVM semua !

Alhamdulillah, pada 19 Oktober 2019 yang lepas, MVM telah menganjurkan Piala Amal Bowling MVM 2019 bertempat di Airport Sports Complex, Persiaran Ilmu BBN, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Seramai 36 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Amal Bowling MVM 3.0 kali ini. Program telah bermula seawal 9.00 pagi sehingga 2.00 petang.

Riadah For Ummah – Piala Amal Bowling 4.0 MVM 2019 adalah satu Projek kesukanan bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan sejahtera serta dengan harapan dapat mengumpul dana untuk disalurkan kepada kempen-kempen kemanusian dan Projek-Projek yang dijalankan oleh Muslim Volunteer Malaysia. Ia juga dapat mengeratkan hubungan antara Sukarelawan MVM, Penyumbang, Rakan NGO, Agensi Korporat dan Rakan Media yang melibatkan diri dalam Projek ini.

Menariknya Piala Amal Bowling MVM 4.0 ini adalah semua peserta menerima medal bersama sijil penghargaan sebagai hadiah atas sokongan baik dalam menjayakan Piala Amal Bowling MVM 4.0 edisi 2019.

Berikut merupakan senarai nama pemenang bagi kategori yang telah dipertandingkan:

1) Johan 

Kumpulan: Dream Nilai Association
Peserta: Mohd Safwan, Adnan, Rahim Lasa, Rhafiq Rahim

Jatuhan Pin : 2226

Average : 185.5

 

2) Naib Johan

Kumpulan: Team Bowling
Peserta: Zuraini Mohd Kassim, Shukriyah Mohamad, Fatimah Saidin, Hasmila Ariffin

Jatuhan Pin : 2116

Average : 176.3

 

3) Tempat ketiga

Kumpulan: Toto Malaysia
Peserta: Mohd Shahrizal, Ahmad Fakri, Noorsurianti Ruslan, Jusmina Suboh

Jatuhan Pin : 1717

Average : 143.0

 

4) Cabutan Bertuah  

  • Jusmina Suboh – Kumpulan Toto Malaysia Sdn Bhd
  • Paizul Abdul Latif – Kumpulan Toto Malaysia Sdn Bhd
  • Aminah Mahmud – Kumpulan HR

Tahniah kepada semua pemenang !

Terima kasih kepada semua penaja dan peserta yang telah menjayakan Piala Amal Bowling MVM 4.0 ini.

InsyaAllah, kami akan berusaha untuk meneruskan program-program kesukanan pada masa akan datang dan secara tidak langsung dapat memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup yang sihat

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.