Pure Heart 3.5 Edisi Raya
Syukur kepada Allah swt, pada 29 dan 30 Jun 2018 yang lalu MVM telah menganjurkan satu program untuk berkongsi kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga asnaf MVM di SK Puchong Perdana. Seramai 220 keluarga asnaf bersama anak-anak mereka diraikan dalam program kali ini. Seramai 60 orang #VolunteerMVM yang sangat komited telah terlibat memastikan program berjalan dengan lancar.
29 Jun 2018
#VolunteerMVM telah berkumpul di SK Puchong Perdana untuk melakukan kerja-kerja persediaan program. Sesi persediaan bermula dengan taklimat ringkas oleh Saudari Aqilah selaku Ketua Program Pure Heart dan sesi perkenalan bersama #VolunteerMVM.
Selepas itu, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:
- Gula 1kg
- Minyak masak 1kg
- Tepung gandum 1kg
- Serbuk kari 25g
- Serbuk kunyit 25g
- Garam halus 340g
- Perencah nasi goreng
- Maggie cukup rasa 100g
- Kiub pati ikan bilis knorr
- Sos cili life
- Wafer stick
- Adabi tepung cucur 200g
- Serbuk penaik
- Serbuk coklat 100g
- Kordial sarsi 1L
- Aji-shio lada hitam 80g
Selepas proses pembungkusan, #VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenana. Sesi persediaan berakhir kira-kira pada jam 12 tengah malam.
30 Jun 2018
Tepat jam 8.00 pagi, keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi. Untuk Program Pure Heart Edisi Raya ini, team MVM berbesar hati mengadakan rumah terbuka bersama keluarga asnaf bagi berkongsi kemeriahan aidilfitri bersama mereka. Sebelum jamuan raya pada waktu tengahari, banyak pengisian program untuk keluarga yang hadir termasuklah persembahan khas dari artis undangan iaitu Munsyideen dan pertandingan mewarna terbuka kepada pelajar sekolah SKPP.
Terima kasih diucapkan kepada penaja utama kerana sudi menaja Pure Heart Edisi Raya 2018:
1)Vanity Cosmeceutical Sdn.Bhd.
2)Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn. Bhd.
3)Netcarbon Sdn. Bhd.
4)Bangi Flaming BBQ
Kemudian, keluarga penerima bantuan ini telah menerima kotak Pure Heart yang berisi barangan asas dapur dan sumbangan duit raya.
Selesai mengambil kotak dan duit raya, keluarga penerima bantuan menikmati jamuan raya yang terhidang. Pelbagai juadah yang menarik seperti gulai ayam, kambing golek, sate, ketupat, rendang tok, lemang dan pencuci mulut menjadi menu utama tetamu dan penerima bantuan yang hadir.
Program Pure Heart 3.5 ini telah berakhir dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar bersama #VolunteerMVM dan wakil SK Puchong Perdana.
Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas, para penaja program Pure Heart dan juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited.