Pure Heart 5.1 Buka “Buku Baru” Bagi Sesi 2020

Pure Heart 5.1 Buka “Buku Baru” Bagi Sesi 2020

Syukur kepada Allah swt, pada sabtu iaitu 29 Februari 2020, MVM telah menganjurkan program Bantuan Keluarga Miskin Bandar (Pure Heart) yang pertama bagi sesi 2020 di SK Seksyen 7 Kota Damansara. Pure Heart bulan ini juga telah dijayakan oleh 30 orang #VolunteerMVM yang sangat komited bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Pure Heart 5.1 yang pertama ini yang bertemakan “Health Is Wealth” dimana MVM berusaha memberikan pendedahan kepentingan kesihatan kepada ibu bapa penerima bantuan ini.

Dan untuk tahun ini, Pure Heart telah membuat sedikit pembaharuan dimana seperti yang kita ketahui, Pure Heart sinonim dengan “kotak Pure Heart” untuk membungkus barangan asas untuk diberikan kepada penerima bantuan ini. Oleh itu, Pure Heart 2020 telah bertukar konsep iaitu MVM menggunakan “Jute Bag” untuk membungkus barangan asas dan diberikan kepada keluarga penerima bantuan ini untuk dibawa setiap kali program Pure Heart ini berlangsung.

Masih Nak “Adapt” Dengan Suasana Baru.

MVM masih lagi membiasakan diri dengan tempat dan suasana yang baru untuk program pertama di sekolah tersebut. Walaubagaimanapun, program kali ini alhamdulillah masih dapat berjalan dengan lancar sekali dengan kerjasama volunteer-volunteer yang ada, semua gerak kerja dapat dijalankan dengan mudah.

Seawal 7.30 pagi volunteer sudah ada yang hadir dan diberikan sarapan sebelum mula gerak kerja masing-masing. Kemudian, taklimat gerak kerja telah diberikan oleh Ketua Projek Pure Heart iaitu saudari Seri. Semua volunteer mula membantu menyusun barangan dan susun atur di dewan.

Ibu bapa juga telah ramai yang hadir dan mendaftarkan diri pada jam 8.30 pagi. Untuk makluman semua, pada program yang pertama ini, telah diadakan slot ceramah Kesihatan fizikal dan mental bagi pendedahan kepada ibu bapa yang hadir.

Selain itu juga, kaunter ujian pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental juga telah diberikan secara percuma kepada ibu bapa dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kota Damasara dan Hospital beyond boundaries yang membantu dan menjayakan Pure Heart 5.1 kali ini.

Seterusnya, proses pembungkusan barangan asas bermula. Antara barangan asas yang diberikan adalah seperti berikut:

  • Beras
  • Minyak masak
  • Kicap
  • Sos cili
  • Gula pasir
  • Garam
  • Rempah 4 sekawan
  • Ubi kentang
  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Pisang
  • Ayam

Pada jam 9.00 pagi proses pembungkusan bermula. Keluarga-keluarga penerima bantuan telah memenuhi perkarangan sekolah untuk pendaftaran dan bersarapan pagi.

#VolunteerMVM juga bertungkus lumus mengemas dan menyusun atur tempat program berkenaan bagi kelancaran majlis berjalan dengan lancar.

Perasmian menandatangani perjanjian MOU dan perkongsian Kesihatan Fizikal & Mental

Dalam masa yang sama juga, majlis yang berada di dewan juga telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil guru besar iaitu YDP PIBG. Seterusnya ucapan daripada CEO MVM iaitu saudara Fauzan mengenai objektif dan matlamat program Pure Heart dijalankan dan sesi menandatangani MOU MVM x SKS7KD.

Setelah sesi menandatangani dan perasmian Pure Heart 2020, slot ceramah Kesihatan Fizikal dan Mental yang ringkas telah dimulakan. Perkongsian yang telah dikongsikan oleh pakar-pakar kesihatan sangat memberikan motivasi kepada keluarga yang hadir. Ianya amat penting untuk didedahkan adalah kerana ramai masyarakat kini ambil enteng terhadap isu kesihatan ini. Pakar-pakar menasihatkan agar ibu bapa sentiasa pantau kesihatan mereka dan anak-anak supaya dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang kronik berlaku.

Di samping itu juga, terdapat 3 kaunter yang telah dibuka untuk ibu bapa dan orang awam. Kaunter pertama adalah kaunter survey penerima bantuan MVM iaitu dimana kaunter ini adalah untuk mengenalpasti kelayakan penerima bantuan. Kaunter yang seterusnya adalah kaunter ujian konsultasi iaitu ujian pemeriksaan mental daripada Hospital Beyond Boundaries dan kaunter ujian pemeriksaan kesihatan fizikal daripada klinik kesihatan Kota Damansara.

Kemudian, pada jam 12.00 tengah hari, ibu bapa sudah mula beratur di tempat pengagihan barangan asas bagi pengagihan beg barangan asas Pure Heart yang berisi barangan asas dapur.

Alhamdulillah, aktiviti selesai mengikut perancangan. Program Pure Heart 5.1 Health Is Wealth ini telah berakhir dengan sesi pengambaran bersama #VolunteerMVM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas. Terima kasih juga Kementerian Kesihatan Malaysia, Klinik Kesihatan Kota Damansara dan Hospital Beyond Boundaries yang telah bersama-sama membantu menjayakan Pure Heart kali ini.  Tidak lupa juga Volunteer MVM yang cukup bersemangat dan komited. Jutaan terima kasih kami ucapkan !

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.