Pure Heart 7.1 Bagi Sesi 2021 Fasa Pertama

Pure Heart 7.1 Bagi Sesi 2021 Fasa Pertama

Puchong – Pada 6 Mac 2021 (Sabtu), telah diadakan program wajib tahunan bagi MVM sendiri iaitu Pure Heart (Mac) – Bantuan Asnaf Miskin Bandar 2021. Lokasi pada tahun ini MVM memilih di Masjid Kota Damansara dalam meneruskan lagi agihan bantuan kepada keluarga asnaf. Seramai 151 keluarga asnaf telah diraikan dalam program kali ini.

Tidak seperti tahun-tahun lepas, slot ceramah akan diberikan sebelum pengagihan barang dilakukan. Tetapi untuk tahun ini bagi mengikut SOP PKP yang diperintahkan oleh kerajaan, MVM memilih untuk tidak melakukan sebarang slot ceramah buat sementara waktu.

Penglibatan volunteer juga tidak dapat dibuka atas faktor PKP tempoh hari dan hanya melibatkan 5 orang petugas MVM sahaja yang mengendalikan program agihan bantuan ini.

Rakan kerjasama yang MVM jalinkan untuk Pure Heart kali ini adalah bersama dengan Masjid Kota Damansara itu sendiri. Ustaz Saiful sebagai Pegawai Pembangunan Asnaf di Masjid tersebut serta Ajk masjid yang lain banyak membantu dalam menjayakan Pure Heart ini.

Persediaan Program Dengan Norma Baharu Yang Ringkas.

Seawal jam 7.30 pagi petugas MVM telah hadir di Masjid Kota Damansara yang di namakan juga “Masjid Kuning” oleh penduduk setempat di sana.

Kehadiran Ustaz Saiful juga telah disambut dengan mesra oleh petugas MVM untuk memulakan persediaan tempat-tempat bagi agihan barangan asas pagi tersebut.

Persediaan tempat ini juga telah dibantu oleh AJK-AJK Masjid. Mereka turut membantu menyusun atur meja-meja pendaftaran dan juga khemah-khemah bagi tempat agihan barangan asas.

Program berakhir lebih kurang jam 1 petang dan kami berasa sangat lega dan bersyukur kerana program berjalan dengan lancar pada hari kejadian dan semua barang telah selamat diagihkan kepada semua penerima manfaat. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas dan juga Volunteer MVM yang selalu menyokong kami secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga jasa kalian dibalas di akhirat kelak. Amin.

 

Kami kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung :

 

 

 

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.