Klinik Pergigian Dental Place

Kerjasama Korporat MVM

Klinik Pergigian Dental Place merupakan sebuah klinik swasta milikan tunggal yang telah ditubuhkan pada 14 Februari 2019, di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.

Dental Place yang terletak di Shah Alam, Selangor, menawarkan pelbagai jenis rawatan pergigian bermula dari asas seperti cucian, tampalan, dan cabutan, kemudian kepada rawatan kompleks seperti pembedahan gigi bongsu dan rawatan akar, sehingga kepada rawatan kecantikan seperti sarung gigi, jambatan gigi, dan rawatan ortodontik.

Dental Place ingin menjadi sebuah klinik pergigian pilihan yang unggul dengan menyediakan layanan serta rawatan kesihatan pergigian yang selesa dan berkualiti tinggi, dilengkapi dengan peralatan dan teknologi moden.

Misi

Untuk membantu pesakit kami untuk faham mengenai kepentingan penjagaan gigi seterusnya untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan gigi mereka pada tahap yang optimum dengan menawarkan servis rawatan yang berkualiti di dalam suasana yang selesa, mesra pelanggan, dan professional.

Visi

Kearah Senyuman Yang Sihat dan Menawan.

Slogan

Di Sini Bermulanya Sebuah Senyuman.

Hubungi:
+603-5882 2620 / +6017-212 4622
Alamat:
No. 5-1-A, Jalan Kristal AS7/AS Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
Waktu Operasi Klinik:
Isnin-Jumaat 9.00 AM - 6.00 PM
Sabtu 9.00 AM - 5.00 PM
Ahad 10.00 AM - 2.00 PM

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.