Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai

Kerjasama Korporat MVM

Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai (PPPJ) adalah pusat rawatan psikologi yang pertama di Shah Alam. Pusat ini diselia oleh pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal, terapis cara kerja dan terapis pertuturan. Servis Jiwadamai merangkumi rawatan bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Jiwadamai menawarkan servis untuk kanak-kanak seperti mengenalpasti isu psikologi dan lewat perkembangan seterusnya menyediakan terapi bagi kanak-kanak ini sama ada secara one-to-one ataupun dalam kumpulan.

Bagi servis orang dewasa pula, ahli profesional membantu individu yang mengalami isu kesedihan melampau, keresahan yang tidak terkawal, mahupun kecelaruan fikiran dan tekanan perasaan. Mereka yang mempunyai isi hubungan dan kekeluargaan juga boleh mendapatkan khidmat dari Jiwadamai.

PPPJ juga aktif menganjurkan bengkel dan latihan berkaitan psikologi di bawah cabang Akademi Jiwadamai iaitu jabatan yang ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran awam berkaitan isu-isu sebegini. Servis Employee Assistance Program (EAP) juga disediakan bagi sektor korporat yang ingin memberi penekanan dan bantuan kepada aspek kesihatan mental pekerja.

Misi

  1. Berkhidmat kepada masyarakat melalui usaha pencegahan dan intervensi berkaitan kesihatan mental kanak-kanak dan dewasa.
  2. Meningkatkan kesedaran awam tentang kesihatan mental dan cara menanganinya.
  3. Menyediakan perkhidmatan terapi psikologi yang komprehensif.
  4. Memberikan terapi mengikut panduan perubahan dan psikologi klinikal yang berasaskan bukti kajian sahih.
  5. Mengangkat martabat Bahasa Melayu dalam pengendalian klinikal sebagai bahasa profesional.

Slogan

Kebahagiaan anda dan keluarga adalah tujuan kewujudan kami, kemahiran kami dan obsesi harian kami.
Hubungi:
+6017 269 4852 (Admin Klinik)
Alamat:
No. 19, Jalan Kristal AS7/AS, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
Website & Emel:
jiwadamai.com - jiwadamaiofficial@gmail.com
Waktu Operasi Klinik:
Setiap Hari 9.00 AM - 5.00 PM

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.