Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2018

Program : Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2018
Tarikh : 27 November 2017
Tempat : Hotel De Palma, Shah Alam
Penaja Bunga : Iz Dew Florist & Gift

Syukur ke hadrat Illahi, hari ini, 27 November 2017 telah berlangsung Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2018. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Penasihat dan Ikon MVM bagi tahun 2018 yang dilantik oleh pihak Muslim Volunteer Malaysia.

Alhamdulillah, kami juga amat bertuah kerana para Ikon MVM 2018 ini dengan suka rela menyokong kerja-kerja amal anjuran MVM dan membantu dalam hebahan program.

Memperkenalkan Penasihat & Ikon MVM 2018 :

Penasihat MVM 2018

  • Pakar Motivasi
  • Penasihat MVM 2018

Ikon Inspirasi MVM 2018

  • Usahawan
  • Pengarah Eksekutif Mamadil Slim & Beauty Sdn. Bhd.

Ikon MVM 2018

  • Penyanyi

Ikon MVM 2018

  • Penyanyi

Ikon MVM 2018

  • Pelakon

Ikon MVM 2018

  • Penyanyi

Ikon MVM 2018

  • Penyanyi
  • Usahawan

Ikon MVM 2018

  • Penyanyi

Kami di MVM berharap melalui pelantikan ini, Ikon MVM akan dapat mencipta gelombang dan seterusnya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap peranan MVM dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan.

Dengan adanya kempen kesedaran yang dihebahkan oleh pihak MVM dan Ikon MVM, ia menjadi medium pengumpulan dana bagi melaksanakan program-program kebajikan dengan lancar dan teratur. Selain itu, ia juga dapat meluaskan jaringan jalinan bersama pertubuhan, persatuan, agensi kerajaan dan agensi-agensi lain.

Terima kasih juga kepada pihak media yang hadir dan sukarelawan yang memberi sepenuh komitmen bagi memastikan majlis Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2018 ini berjalan lancar.

 

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.