Mohd Fauzan Abdul Sukor
Mohd Fauzan adalah Pengarah Operasi di PCS Training & Consultancy, yang berpusat di Pelabuhan Klang, Selangor.
Beliau mempunyai 6 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan, 6 tahun dalam bidang pendidikan, dan lebih 9 tahun dalam bidang perniagaan. Beliau telah dijemput sebagai panelis di TV Al-Hijrah, RTM, BERNAMA dan juga sebagai penceramah di pelbagai kampus universiti.
Semangat sukarelawan juga telah menjadikan beliau salah seorang Pengasas Bersama Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia sejak 2014 dan pernah mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan di Syria, Lubnan dan Turki. Kini beliau telah dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi My Aqsa Defenders, sebuah gabungan NGO yang menyediakan bantuan kemanusiaan di Palestin serta menerajui Barisan Lembaga Pemegang Amanah MVM sebagai Pengerusi.
Mohd Khairul Zhafran Bin Abdul Wahid
Khairul Zhafran adalah seorang pengusaha perniagaan dalam bidang pemasaran digital sejak tahun 2012. Beliau merupakan pengasas Diginomad Ventures yang memiliki platform/hub digital, Lubook.my.
Bermula sebagai aktivis kemanusiaan sejak 2014 dengan menjadi sebahagian individu terawal bersama MVM, dan juga menubuhkan Volunteer Trip Malaysia (sebuah pertubuhan berasaskan kembara dan kesukarelawanan).
Noorazian Binti Ghazalli