10 Orang #Volunteer MVM Diperlukan Untuk Program Kebajikan di Chumnik, Kemboja.

10 Orang #Volunteer MVM Diperlukan Untuk Program Kebajikan di Chumnik, Kemboja.

 

Assalamualaikum Volunteer MVM.

Unit Volunteer Community MVM telah mengambil inisiatif untuk menggunakan khidmat #VolunteerMVM dalam pelbagai program yang dijalankan oleh MVM bertujuan memanjangkan ikatan perhubungan dan meluaskan jaringan ilmu sesama sukarelawan.

Justeru itu, MVM akan bekerjasama dengan HNSB untuk Projek Kindness 4 Chumnik. Bezanya projek ini dengan program lain ialah volunteer MVM diberi peluang untuk menambah pengalaman melakukan aktiviti kemanusian diluar Malaysia.

Projek Kindness 4 Chumnik adalah projek kerjasama diantara MVM x HNSB kemanusiaan untuk memberikan sedikit keselesaan kepada penduduk kampung Chumnik. Fokus projek adalah untuk memberikan bantuan kepada Madrasah Anak-anak Yatim di Kampung Chumnik.

Bantuan yang diberikan adalah pembinaan bilik mandi, peralatan asrama seperti tilam, bantal, selimut, rak buku, meja dan sebagainya. Seterusnya, sebagai usaha untuk mengembalikan keceriaan kepada mereka, MVM x HNSB juga akan mengecat dan membersihkan persekitaran madrasah di Chumnik.

Oleh itu, MVM membuka kepada 10 orang volunteer MVM sahaja untuk sertai HNSB di Chumnik, Kemboja.

Maklumat ringkas seperti di bawah :
Tarikh : 24 November 2019
Hari : Ahad
Tempat : Kg.Chumnik Cambodia
Bayaran : RM1800 (seorang) Merangkumi :

  • Penginapan di Kampung Chumnik
  • Penginapan di Phnom Penh ke Chumnik
  • Kenderaan di Phnom Penh Cruise
  • Makanan selama 6 hari
  • Tiket Penerbangan

*Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank PERTUBUHAN SUKARELAWAN MUSLIM MALAYSIA (5648 0164 7699). Tulis rujukan sebagai Kindness 4 Chumnik.
**Resit bukti pembayaran perlu diberikan kepada pihak MVM di nombor 0139343012 (whatsapp) sebelum 11 November 2019.

[googleapps domain=”docs” dir=”forms/d/e/1FAIpQLSffvq864WhnSFkKMv61dsUywSCv4TOe809HygYwSNMEIJp2Mg/viewform” query=”embedded=true” width=”640″ height=”2228″ /]

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.