10 Sukarelawan Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2018 Diperlukan.

Pendaftaran Sukarelawan Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2018 Kini Dibuka.

In sha Allah, MVM sekali lagi akan mengadakan Sidang Media Pelantikan Ikon MVM bagi tahun 2018.

Program : Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2018
Tarikh : 27 November 2017
Tempat : Hotel De’Palma, Shah Alam

Untuk kali ini, kami membuka peluang kepada 10 orang #VolunteerMVM untuk bersama-sama kami dalam membuat persediaan bagi Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2018 ini.

Antara bidang tugas yang memerlukan sukarelawan adalah seperti berikut :

1) Juru kamera

2) Juru video

3) Pengiring VIP

4) Persediaan majlis dan lain-lain

Sidang Media Pelantikan Ikon MVM 2018 adalah bertujuan untuk memperkenalkan Penasihat dan Ikon MVM bagi tahun 2018.

Penasihat MVM memberi peranan sebagai tempat rujukan bagi pihak MVM mendapatkan pandangan dan nasihat dalam menjalankan kerja-kerja amal.

Ikon MVM pula membantu dalam hebahan tentang misi-misi bantuan dan kempen tajaan yang dianjurkan oleh MVM.

Alhamdulillah, dengan adanya kerjasama daripada figura awam ini, ia amat membantu dalam usaha membangunkan asnaf dan menjalankan kerja-kerja amal di Malaysia dan juga luar negara.

Paling istimewa, figura-figura awam yang dilantik sebagai Penasihat dan Ikon MVM dengan rela hati menjadi sukarelawan MVM dan tidak mengenakan sebarang bayaran.

Semoga usaha amal ke jalan Allah swt ini mendapat keberkatanNya.

Daftar sebagai sukarelawan Ikon MVM 2018 sekarang :

Isi borang pendaftaran dibawah dan anda juga boleh klik “Going” event di link ini – Ikon MVM 2018

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.