2 Orang Sukarelawan MVM Berangkat ke Lombok Untuk Tindakan Susulan Pembinaan 5 Masjid di Lombok Sumbangan Rakyat Malaysia.

2 Orang Sukarelawan MVM Berangkat ke Lombok Untuk Tindakan Susulan Pembinaan 5 Masjid di Lombok Sumbangan Rakyat Malaysia.

Hari ini 17 September 2018, 2 orang sukarelawan MVM iaitu Saudara Muhammad, Presiden MVM dan Saudara Syukri, Media MVM telah berangkat ke Lombok bagi memenuhi jemputan dari badan NGO Aksi Cepat Tanggap (ACT) untuk menghadiri Majlis Perasmian & Pembukaan Integrated Community Shelter (ICS) di Kampung Gondang, Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat. Ia adalah susulan daripada lawatan pertama bagi Misi Pembinaan Masjid di Lombok. In sha Allah, majlis akan berlangsung pada esok, 18 September 2018.

Di samping itu juga, MVM juga akan menyerahkan dana sumbangan bernilai RM140,000 bagi Misi Pembinaan 5 buah Masjid Lombok untuk kegunaan mangsa gempa bumi. Syukur kepada Allah yang telah mempermudahkan segala urusan.

Terima kasih kepada Rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan dan sokongan terhadap saudara kita yang menjadi mangsa gempa bumi di Lombok. Hanya Allah sahaja mampu balas jasa kalian.

Seterusnya, wakil MVM juga akan dibawa untuk melawat tapak pembinaan 5 buah masjid hasil sumbangan rakyat Malaysia ini. In sha Allah, kami akan kongsikan gambar dan video di laman sosial MVM nanti.

Berikut adalah senarai 5 buah masjid sumbangan rakyat Malaysia di Lombok :

1. Masjid Islahul Ummah Dusun Sembaro, Desa Persiapan Segara katon, Gangga
2. Masjid Darussalam, Desa Obel-obel, Sambelia, Lotim
3. Masjid Darussalam, Pemenang Timur, KLU
4. Masjid Ponpes Hidayaturrahman, Menggala, Tanjung, KLU
5. Masjid Roudatul Hasanah, Dusun, Karang Raden, Desa Pemenang Barat

Sekali lagi kami ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menghulurkan sumbangan ikhlas dan menjayakan misi kali ini. Harapan kami di MVM adalah bantuan ini tidak terhenti disini sahaja. In sha Allah, lebih banyak perancangan bantuan kemanusiaan yang pada masa akan datang bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.