3 Kempen Tajaan Program MVM Bulan Ramadhan 2017

3 Kempen Tajaan Program MVM Bulan Ramadhan 2017 Kini Dibuka.

Assalamualaikum Volunteers,

Ramadhan 2017 akan tiba lagi. Semoga kita semua dipertemukan dengan bulan Ramadhan akan datang. In sha Allah, MVM akan membuka 3 kempen tajaan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Kempen Tajaan MVM Ramadhan adalah seperti berikut:

  • Pure Heart Ramadhan

Berbeza dengan Pure Heart sebelum ini, MVM akan membuka kempen tajaan khas untuk kempen bantuan keluarga asnaf “Pure Heart Ramadhan 2017”.

Tarikh : 19 – 20 Mei 2017
Lokasi : SK Puchong Utama 1

Maklumat tajaan :

a) Tajaan Pek Semanis Kurma
RM20 x 200 tajaan = RM4,000

b) Tajaan Solat Kit (Telekung / Kain Pelikat / Sejadah / Kopiah)
RM40 x 200 tajaan = RM8,000 (Telekung & Kain pelikat)
RM20 x 200 tajaan = RM4,000 (Sejadah lipat & Kopiah)

Maklumat lanjut & sumbangan ikhlas disini –> https://mvm.org.my/bantuan-keluarga-asnaf-pure-heart-ramadhan-2017

  • Iftar MVM – SMTG 6.0

Anak-anak pelarian Syria akan diraikan dalam Iftar MVM – SMTG 6.0 pada tahun 2017 ini. In sha Allah, MVM membuka peluang untuk anda memberi tajaan bagi meraikan anak-anak pelarian Syria dalam majlis ini.

Tarikh : 2 Jun 2017
Lokasi : Pusat Pendidikan Jasmine Ash-Sham

Maklumat tajaan :

a) Tajaan Kekemasan Diri
1 tajaan = RM35
RM 35 x 80 tajaan = RM2,800

b) Tajaan Pek Sekolah (Alat tulis, Botol Air & Baju)
1 tajaan = RM30
RM 30 x 80 tajaan = RM2,400 (Alat tulis)

1 tajaan = RM50
RM 50 x 80 tajaan = RM4,000 (Botol Air & Baju)

c) Tajaan Chef Jr. (Peralatan memasak)
1 tajaan = RM20
RM20 x 80 tajaan = RM1600

d) Tajaan Sumbangan

2 tajaan x RM500 = RM 1,000

Maklumat lanjut & sumbangan ikhlas disini –> https://mvm.org.my/tajaan-anak-anak-yatim-iftar-ramadhan-mvm-2017

  • MVM Kacau Dodol

MVM Kacau Dodol telah menjadi program tahunan MVM Ramadhan. In sha Allah pada tahun ini, dodol akan diedarkan kepada 200 keluarga asnaf Pure Heart, surau dan masjid sekitar Puchong.

Tarikh : 17 Jun 2017
Lokasi : SK Puchong Utama 1

a) Tajaan 800 dodol
1 tajaan = RM 15
RM 15 x 800 = RM 12,000

Maklumat lanjut & sumbangan ikhlas disini –> https://mvm.org.my/tajaan-mvm-kacau-dodol-ramadhan-2017

Penaja utama & Pertanyaan :

Bagi mana-mana syarikat atau individu yang ingin menjadi penaja utama, boleh hubungi En. Yazid 013-588 2796.

Bantu kami kongsikan tentang kempen Ramadhan ini. Semoga Allah meletakkan setiap sen yang dihulurkan akan diberkati oleh-Nya. Insya Allah akan sama-sama kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Amin

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.