3 Sukarelawan MVM Pulang Dari Misi Bantuan Ramadhan Syria Pada Malam Syawal

Pada 12 Jun 2017 yang lalu, Muslim Volunteer Malaysia – MVM telah menghantar 3 sukarelawan iaitu saudara Muhammad bin Jantan, Azam Abdullah dan Hasif bin Mansor dalam misi Ramadhan Untuk Syria ke Turki.

Misi kali ini adalah untuk menghantar bantuan bagi membina masjid, membaik pulih kemudahan dan perbelanjaan rakyat Syria sepanjang Ramadan. Anda boleh baca laporan program MVM Hantar RM300,000 Bantuan Ramadhan Untuk Syria

InsyaAllah ketiga-tiga sukarelawan MVM ini dijangka tiba di Malaysia pada malam Syawal.

Doakan semoga ketiga-tiga rakyat Malaysia yang sudah menyelesaikan amanah rakyat Malaysia kepada pelarian Syria di Turki tiba di tanah air dengan selamat. Semua ini tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa doa dari rakyat Malaysia.

Bina Masa Depan Bersama MVM

Kami amat bersungguh-sungguh dalam misi membangunkan komuniti yang terjejas. Kami mencari individu yang sangat komited seperti anda.

Sertai pasukan kami. Mohon sekarang!

Info Kemanusiaan Terus ke Inbox

Kemaskini terkini projek-projek MVM terus ke inbox emel anda. Banyak perancangan menarik menanti di hari-hari mendatang untuk komuniti MVM.

Usah terlepas peluang untuk bersama-sama kami! Isi maklumat dibawah sekarang.